
LEXIN MALAYSIA LANCAR INTERKOM BLUETOOTH BAHARU – SERENDAH RM98
LEXIN Malaysia telah memperkenalkan tiga produk interkom Bluetooth baharu untuk pengguna motosikal di Malaysia.
Tiga produk tersebut terdiri dari LEXIN Zen One, LEXIN G2 EVO dan LEXIN MTX Trico. Ketiga-tiga produk ini diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Laman To’ki, Bentong.

Zen One paling mencuri tumpuan ekoran ditawarkan sebagai interkom mampu milik dan hadir dengan harga hanya RM98 sahaja. Zen One dicipta khas untuk pengguna motosikal harian terutamanya penghantar makanan dan barangan dan disambungkan ke telefon pintar.
Model ini menawarkan ciri seperti noise cancellation, pembesar suara 40mm yang jelas didengar sehingga kelajuan 150km/j dan bateri yang boleh bertahan sehingga 25 jam sekali caj. Zen One juga dilengkapi dengan ciri water-resistant sekaligus sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Sementara itu, G2 EVO pula dijual dengan harga RM258 (single-pack) dan RM498 (dual-pack). Berbeza dengan Zen One yang hanya boleh disambug ke telefon pintar, G2 EVO pula menawarkan fungsi interkom (komunikasi dua hala) dengan pengguna lain dengan jarak sehingga 1200m.
Bateri 1000mAh pula menjaminkan penggunaan bateri sehingga 30 jam.

Dalam pada itu, LEXIN MTX Trico pula merupakan produk flagship yang ditawarkan pada harga hanya RM498 sahaja.
MTX Trico ini direka khas untuk tunggangan berkumpulan dan menggunakan sistem Mesh 3.0. Sistem ini membenarkan MTX Trico disambung dengan 24 pengguna dengan jarak sehingga 2000m. Produk ini menawarkan ciri seperti pembesar suara LEXIN Pulse 43mm, noise canncellation, USB-C dan water-resistant.



