
HONDA CIVIC TYPE R ULTIMATE EDITION 2026 – SELAMAT TINGGAL BENUA EROPAH
Honda Civic Type T bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasaran Eropah dengan varian terakhir mereka tahun depan yang dinamakan Ultimate Edition. Hanya dikeluarkan dengan warna Championship White dan yang membezakannya dengan CTR lain ialah jaluran merah pada bahagian penutup bonet dan sisi. Bumbungnya juga berwarna hitam.

Honda menjadikan Ultimate Edition ini lebih eksklusif dengan pemasangan spoiler belakang yang diperbuat dari serat karbon. Bahagian dalam turut menerima sentuhan serat karbon pada bahagian konsol tengah dan trim pintu.
Karpet seperti biasa berwarna merah dan dihiasi pula dengan lencana Type T yang diperbuat daripada logam. Istimewa untuk pemilik-pemilik Type R terakhir di Eropah, Honda turut bermurah hari hadiahkan mereka gift box yang mengandungi rantai kunci karbon, emblem bernombor dan selimut kereta.

Secara mekanikalnya, kereta ini masih sama dengan Type R lain yang menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang mampu hasilkan 324 hp kuasa maksima. Kuasa di hantar ke roda hadapan melalui kotak gear manual enam kelajuan. Pecutan 0-100 kmj hanya memerlukan masa 5.4 saat.
Jadi kenapa Honda Civic Type R meninggalkan terus pasaran Eropah? Menurut Honda, mereka sebenarnya dipaksa untuk pencenkan CTR dari pasaran Eropah. Industri automotif semakin berubah dan kami harus memastikan model-model yang dihasilkan memenuhi piawai yang ditetapkan di Eropah menurut kata Hannah Swift, mewakili Honda Eropah.
Dengan bahasa mudahnya, regulasi emisi bahan bakar telah menuntut korban terbaru. Kali ini giliran Honda Civic Type R. Syukurlah negara kita tak sampai tahap tu lagi.

