Artikel Pilihan

HONDA PRELUDE BAKAL KEMBALI – MODEL HONDA PALING ELEGAN KINI DENGAN TEKNOLOGI HIBRID

Sport coupe keluaran Honda yang elegan, Prelude bakal kembali memasuki pasaran UK dan dikatakan bakal menarik perhatian pembeli muda dengan rupa paras yang sporty, pemanduan dinamik dan dalaman yang mesra pemandu.

Ia dikatakan akan memasuki pasaran UK pada pertengahan era 2020 (kiranya tahun depan la ni). Model 2-pintu yang diasaskan daripada Honda Civic ini bakal menjadi generasi enam Prelude sejak generasi kelima ditamatkan jualannya pada tahun 2001.

Menariknya ia bakal menjadi satu-satunya coupe pacuan hadapan dalam pasaran UK selepas model- model seperti VW Scirocco, Hyundai Veloster dan Vauxhall Astra GTC ditamatkan pengeluarannya beberapa tahun lepas. Audi TT juga telah ditamatkan produksi.

Menurut CEO Honda, Toshihiro Mibe, Prelude ini bakal menyerlahkan ciri sporty Honda. Chasis dan enjinnya memang direka berorientasikan pemandu dan bakal menjadi model halo barisan model elektrik mereka.

Ketua projek Prelude, Tomoyuki Yamagami pula menyatakan mereka mementingkan praktikaliti ketika menghasilkan Prelude. Ini berbeza dari trend sekarang yang lebih berat kepada SUV untuk projek EV ataupun hibrid.

Sehebat mana pun SUV ia tak akan sama dengan sebuah kereta sports dari sudut keseronokkan memandu. Ia kebetulan sama dengan falsafah Honda yang mahukan kesemua kenderaan keluaran mereka penuh dengan keseronokkan khususnya untuk pemandu.

Yamagami membayangkan coupe baharu ini akan menarik perhatian pelanggan yang lebih muda dan bukannya dari kelompok sedia ada. Serus cakap memang lawa Prelude baharu ni. bayangkan sebuah kereta sports yang elegan, dinamik dan jimat minyak. Ya sekarang kan kecoh dengan harga minyak.

Ia dikatakan bakal menggunakan sistem hibrid-petrol yang sama dengan Civic e:HEV yang menggabungkan enjin 2.0 liter petrol dan sepasang motor elektrik. Dipasang pada Honda Civc ia mampu menjana 181bhp kuasa secara rasmi dengan kadar kegunaan sekitar 56.5 batu segelen.

Tak sabar pula rasa nak tengok Prelude ni depan mata. Walaupun sporty, Prelude dari dulu lagi memang berbeza dari model Type R yang lebih hardcore. Ia lebih sesuai untuk keluar bersantai makan angina hujung minggu dan cukup elegan untuk dibawa ke lobi hotel-hotel 5-bintang.

Google ads
Back to top button