
£235 JUTA UNTUK TAMBAH BAIK JALAN RAYA LONDON – KITA BILA LAGI
Jabatan Pengangkutan di UK telah merancang untuk menjadikan jalan raya di sekitar London berada dalam keadaan terbaik. Peruntukan sebanyak £235 juta telah dikhususkan untuk tujuan tersebut dan akan digunakan dalam masa 11 tahun akan datang. £235 juta adalah bersamaan dengan RM1,386,753,570.88. fuh, lebih dari 1.3 billion tu.

Wang tersebut asalnya adalah untuk projek keretapi terbaru HS2 yang menghubungkan bandar-bandar UK. Projek HS2 sebelum ini sentiasa tertangguh dan dilanda kontroversi. Ooo…macam ECRL kita juga la ni kan? Dan kini sebahagian daripada wang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang lebih bermakna.
Peruntukan untuk kesemua daerah (borough) di London telah diputuskan dan pihak berkuasa tempatan setiap borough boleh menggunakan wang tersebut serta merta untuk tujuan pembaikian dan penambahbaikan jalan. Laju betul diorang buat kerja.
Peruntukan untuk setiap borough adalah berdasarkan saiz jaringan jalan raya dalam setiap borough tersebut. Kesemua jalan raya tersebut diselenggara secara bersama oleh pihak berkuasa tempatan dan Transport for London (TfL). Berdasarkan peruntukan, pihak berkuasa tempatan akan menerima sekitar 96 peratus peruntukan tahun pertama dan TfL mendapat baki 4 peratus. Baguslah ada dua pihak yang bertanggungjawab selenggara jalan raya. Jangan nanti asyik tunding jari ke satu pihak lain macam kat sini dah la.
Ini merupakan antara perbelanjaan terbesar kerajaan untuk meningkatkan keselesaan penduduk London agar dapat menggunakan lebuh raya yang lancar dan perjalanan yang lebih selamat.
Hmm…jalan kat kampung abang dah teruk sangat ni. Macam kawah bulan. Kena beli traktor kot lepas ni.