Buletin

VIN DIESEL JADI JAMES BOND BAHARU? BAWA SKUTER ELEKTRIK!!!

Penonton Barat lebih mengenali pelakon Vin Diesel dengan watak Dom Toretto dalam filem francais Fast and Furious.

Berbeza  di negara China, pelakon ini menjual skuter elektrik!!! Bukan skuter lasak ataupun ganas tetapi jentera santai , Yadea G5.

Yadea G5 hampir menyerupai Vespa tetapi didatangkan dengan rekaan lebih futuristik tetapi spekifikasi biasa-biasa sahaja.

Kehadiran Vin Diesel menunggang Yadea G5 ini membuatkan ia kelihatani cool dan menarik seperti iklan video di bawah.

Biarpun, iklan tersebut dilancarkan pada awal tahun di China, penampilan Vin Diesel menjadi salah satu faktor penjualan Yadea meningkat sebanyak 90 peratus.

Yadea G5 menawarkan dua model iaitu City dan Pro. Bagi model City ia mendapat khidmat motor 2,300W dan bateri 1.56 kWh yang mampu mencapai kelajuan maksimum 45 km/j.

Model Pro pula lebih berkuasa dengan dilengkapi motor 3,100W dan sepasang bateri 1.9kWh yang boleh menjana kelajuan mencecah 60 km/j.

Jelas sekali, dua model ini tidak mampu mengalahkan SUV jika berlaku kejar-mengejar kecuali Vin Diesel yang menunggang Yadea G5. – agensi

Google ads
Back to top button