Buletin

ADA GUNA JUGA SKUTER ELEKTRIK. JADI PENGHADANG JALAN MASA TUNJUK PERASAAN

Apabila penduduk Paris, Perancis memberontak, apa sahaja barang yang boleh dijadikan penghadang jalan akan mereka gunakan.

Perkara ini telah dilakukan berkurun lamanya, ia termasuk kart, perabot malah batu-batu di jalan raya. Baru-baru ini, penduduk Paris telah turun ke jalan raya untuk menyatakan solidariti terhadap protes American Black Lives Matter.

Ia juga menjadi protes berhubung masalah keganasan polis terhadap penduduk Paris. Demonstrasi itu sekali lagi membuktikan bahawa penunjuk perasaan akan menggunakan apa sahaja yang boleh mereka dapati di jalanan.

Kali ini mereka menggunakan barangan lebih ‘canggih’ apabila skuter elektrik menjadi mangsa sebagai penghadang jalan.

Memang betul ada kiterdapat kerusi dan motosikal dalam lambakan barangan dibakar tetapi skuter elektrik tidak terpakai ini menjadi tulang belakang penghadang jalan.

Kita jarang sekali berbicara mengenai skuter elektrik tanpa dok, mungkin sebab ia hampeh dan hanya membuang duit.

Menurut laporan CNN, kebanyakan bandar dan negara telah melarang penggunaan skuter ini pada tahun lalu kerana masalah keselamatan dan aduan gangguan.

Bukan Paris sahaja menggunakan skuter elektrik ini sebagai penghadang jalan. Malah, ia turut digunakan di Amerika Syarikat. Skuter itu juga digunakan untuk memecahkan tingkap premis-premis perniagaan dan merosakkan kereta peronda pihak berkuasa. – jalopnik

Google ads
Back to top button