Motosikal

HONDA WINNER X MULA DIJUAL DI SINGAPURA. HARGA? RM16,400 SAHAJA

Pada April lalu, Honda Vietnam Company (HVN) telah memperkenalkan varoan baharu Winner X yang dilengkapi sistem brek ABS. 

Lebih menarik lagi, ia hadir dengan warna perak hitam dan grafik baharu. Seperti biasa, model sama di pasaran Malaysia iaitu RS150R masih belum menerima sebarang penambahbaikan. 

Kini, ada berita menarik dari negera jiran kita, Singapura. Memetik laporan portal Arena Motosikal, Winner X dengan kemasan warna baharu telah dijual di republik berkenaan sejak bulan lalu. Ia dapat dilihat menerusi iklan-iklan di laman jual beli dan media sosial di sana. 

Namun, selepas diteliti, moped itu sebenarnya tidak dijual oleh pengedar rasmi motosikal Honda di Singapura, Boon Siew Honda Singapore.

Perkara tersebut disahkan apabila merujuk ke laman web rasmi yang tidak memaparkan Winner X sebagai salah sebuah motosikal yang mereka jual sekarang. 

Rupa-rupanya, ia dibawa masuk oleh pengimport bebas yang sememangnya dibenarkan untuk mengimport motosikal yang ingin mereka jual tanpa sebarang sekatan. Jadi, siapa yang sudah tidak sabar menunggu pelancaran rasmi oleh Boon Siew Honda Singapore, mereka sudah boleh membelinya. 

Di sana, Winner X ditawarkan pada harga SD$5,380 atau sekitar RMRM16,400 seunit. Memang nampak mahal, tetapi kalau diikutkan dengan pendapatan dan matawang Singapura, harga itu sebenarnya biasa-biasa sahaja. 

Google ads
Back to top button