Motosikal

DUCATI MALAYSIA LANCAR PANIGALE V2 DAN V4 2020. BERMULA RM109,900

Ducati Malaysia hari ini melancarkan tiga buah model baharu untuk pasaran tempatan di Ducati Flagship Showroom, Petaling Jaya.

Tiga model itu ialah Ducati Panigale V4, Panigale V2 dan sebuah model Scrambler Icon Dark.

Ducati Panigale V4

Harus tahu bahawa Panigale V4 merupakan sportbike paling laris di dunia selama dua tahun berturut-turut. Ia  menguasai pasaran sebanyak 25 peratus dengan lebih  8,000 unit sudah terjual.

Berdasarkan kepada data yang dikumpul daripada pelanggan di seluruh dunia dan acara Superbike World Championship, Ducati telah melakukan penambahbaikan ke atas Panigale V4 2020.

Ducati Panigale V4 dan Panigale V4 S dikuasakan oleh enjin Desmosedici Stradale 1,103cc. Ia mampu menjana kuasa mencecah 214hp dan tork 124Nm pada 10,000rpm.

Antara kelengkapan standard yang ada termasuklah pek aerodinamik yang merangkumi aerofoils, skrin, reraup, serta liang udara sisi bagi membenarkan aliran udara yang lebih berkesan, sekali gus meningkatkan kestabilan.

Kawalan tunggangan pula terdiri daripada Ducati Traction Control (DTC) Evo 2, Ducati Quick Shift Up/Down (DQS) dan sistem pemetaan yang dibangunkan spesifik terhadap Ride by Wire dengan beberapa tetapan kawalan daya kilas.

Sementara model Panigale V4 S 2020 menerima kelengkapan tambahan seperti fork hadapan Ohlins NIX-30, penyerap hentak belakang Ohlins TTX36, peredam stereng Ohlins yang dikawal oleh sistem Ohlins Smart EC 2.0.

Harga jualan Ducati Panigale V4 dan Panigale V4 S bermula RM132,900 dan RM172,000.

Ducati Panigale V2

Selain Panigale V4, Ducati Malaysia turut memperkenalkan Panigale V2 yang tampil dengan rekaan serba baharu. Bukan itu sahaja, jentera berkenaan kini dilengkapi barisan sistem elektronik termaju berdasakan kepada platform 6-axis inertial.  

Pakej elektronik itu meningkatkan lagi aspek keselamatan aktif dan kawalan dinamik dengan menambah fungsi membelok pada brek ABS.

Selain menaik taraf quickshifter, kawalan jelajah, brek enjin dan wheelie. Ducati mendakwa Panigale V2 lebih selesa ditunggang dan selamat.   

Rekaan fairing menyerlahkan lagi kerangka monokok dan enjin yang kompak. Swingarm sebelah dan ekzos bersama peredam yang diposisikan di bahagian bawah membuatkannya kelihatan cukup kemas.  

Garis badan jentera itu ditingkatkan dengan livery tradisional Ducati berwarna merah dan rim hitam. Pelanggan juga boleh memilih warna putih, dengan kemasan merah pada rim.

Panigale V2 dikuasakan oleh enjin Superquadro yang mematuhi piawaian emisi Euro5. Enjin itu mampu menjana kuasa 155hp dan tork 104Nm pada 9,000rpm. Sela penyelenggaraan dijadualkan pada setiap12,00km atau 12 bulan.

Aspek keselamatan ditingkatkan menerusi pelbagai sistem seperti ABS Bosch Cornering EVO, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift Up/down (DQS) EVO dan Engine Brake Control (EBC) EVO.

Semua kawalan tunggangan disepadukan ke dalam tiga mode iaitu Race, Sport dan Street yang boleh diubah suai menerika paparan TFT bersaiz 4.3 inci.

Paparan itu hadir dengan grafik mesra pengguna yang membolehkan anda melihat menu, mengubah talaan dan sebagainya.

Ducati Data Analyser + GPS (DDA + GPS) membolehkan penunggang memantau data-data yang spesifik. DDA + GPS akan memapar dan merekod catatan masa. Di samping bukaan pendikit, kelajuan motosikal, rpm, gear yang dipilihm suhu enjin dan banyak lagi.  

Panigale V2 boleh digunakan bersama Ducati Multimedia System (DMS). Jadi, penunggang boleh menjawab panggilan telefon, menerima mesej dan mendengar muzik menerusi Bluetooth.

Jentara itu ditawarkan pada harga RM109,900 dan sudah boleh ditempah di pengedar Ducati terdekat.

GALERI V2

GALERI V4

Google ads
Back to top button