Buletin

VINFAST LANCAR SUV MEWAH PRESIDENT DI VIETNAM. V8 6.2L, TERHAD 500 UNIT, BERMULA RM678K

Pengeluar kenderaan Vietnam, Vinfast melancarkan SUV mewah pertamanya ke pasaran tempatan yang dihadkan kepada 500 unit sahaja. 

100 unit pertama President ditawarkan pada harga 3.8 bilion VND (RM678,420) seunit. Sementara baki 400 unit lagi berharga 4.6 bilion VND (RM821,251). 

Mula dipamerkan kepada umum dalam acara Geneva Motor Show 2019, President direka oleh Pininfarina. Ia tampil dengan gril berbentuk V yang diapit oleh sepasang alampu utama nipis. Hud hadapan dipasang dengan corong pengambilan udara. 

Bahagian belakang pula nampak menarik dengan sepasang lampu LED nipis yang melintang hingga ke logo Vinfast. Tidak ketinggalan, logo Vinfast dan President, selain paip ekzos berkembar pada setiap sisi lengkap dengan peresap udara. 

President didatangkan dengan 18 pilihan warna luaran yang boleh dikontraskan bersama kemasan Gun Metal, perak metalik, emas atau tembaga. Kemasan tersebut akan dipasang pada sil sisi, garis bingkai tingkap, roof rails dan roda. 

Pininfarina juga bertanggungjawab dalam menghasil rekaan dalam SUV ini. Ruang itu menggunakan kemasan kayu dan kulit Nappa premium. Di samping sistem infohibur bersaiz 12.3 inci, kluster instrumen digital 7 inci dan sistem audio premium dengan 13 unit pembesar suara mewah. 

SUV itu menggunakan khidmat enjin V8 bersesaran 6.2 liter yang diambil daripada GM. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 420hp dan tork 624Nm, ia dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik dan pacuan roda sepenuh masa.

Rangkaian kuasa tersebut membolehkan President memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 300km/j. 

“President merupakan produk yang menyerlahkan kualiti Vinfast dan membuktikan keupayaan produksi aumotomobil Vietnam.

“Kami mahu dedikasikan produk hebat ini dan khidmat selepas jualan terbaik kepada rakyat Vietnam yang mempunyai semangat tinggi,” kata Timbalan Pengarah Besar Vinfast, Nguyen Thi Van Ah. 

Vinfast kini dilaporkan sedang fokus ke tas R&D kenderaan elektrik demi mencapai sasaran untuk melancarkannya ke pasaran AS menjelang tahun 2021. 

GALERI

Google ads
Back to top button