Modifikasi

APA JADI PADA KERETA BMW M4 SELEPAS DILENJAN OLEH ROBERT KUBICA

Robert Kubica, mungkin anda pernah mendengar namanya ketika dia menjadi pemandu simpanan BMW Sauber Petronas sekitar tahun 2006 -2009 dahulu. Namun selepas mengalami kemalangan pada tahun 2011 yang hampir meragut nyawanya dulu, Robert Kubica kembali kepada pasukan Williams bermula tahun 2018-2019

Baru-baru ini Robert Kubica merayau di sekitar litar Nurburgring mencari sebuah kereta untuk disewa bagi melepaskan gian untuk memandu laju. Kebetulan pula seorang Youtuber tempatan Misha Charoudin sedang melakukan proses pengambaran sebuah BMW M4 yang telah dimodifikasi untuk perlumbaan.

Misha telah merakamkan aksi Robert Kubica yang memandu BMW M4 yang disediakan untuk disewa di Nurburgring. Misha sekali lagi memuat naik satu lagi video berkenaan wear and tear yang telah dialami oleh BMW M4 tersebut selepas 36 pusingan ataupun 756km pusingan paling laju yang dibuat oleh Robert Kubica.

Menurut Misha yang merakam video terbaru bersama dengan mekanik mereka iaitu George. Perkara pertama yang ditukar oleh mereka ialah wheel bearing pada roda depan dan juga belakang. Salah satu tanda-tanda wheel beraing tersebut sudah rosak ialah gris mulai kelihatan dan ia juga mulai ada sedikit freeplay

Kebiasaannya ialah komponen ini perlu ditukar setiap 300 kali pusingan di litar Nurburgring. Robert Kubica berjaya menjahanamkan wheel beraing tersebut dalam 36 pusingan sahaja. Menurut George sa;ah satu sebab wheel bearing tersebut rosak ialah BMW M4 tersebut dipandu terlalu laju di kawasan selekoh.

Sistem brek BMW M4 tersebut telah diubahsuai dengan menggunakan rotor brek Advance Performance Part (APP)bersama-sama dengan pelapik brek dari jenama APP. Sebelum dipandu oleh Robert Kubica, George telah menukar semua pad brek.

Mereka mendapati pad brek tersebut telah haus melebihi 50% berbanding dengan pad brek yang baru. Semasa memandu uji, Robert Kubica telah mematikan sistem ESC dan pelbagai sistem bantuan kestabilamn elektronik agar semua kawalan kereta berada di tangannya. Jika Robert Kubica menghidupkan sistem bantuan elektronik, mungkin pad brek akan tinggal besi sahaja.

Sepanjang pandu uji oleh Robert Kubica, 2 set tayar Nankang Air One Slick Tire khusus untuk kegunaan litar. Satu set tayar telah habis digunakan pada pusingan ke 20. Mereka memasang satu set lagi tayar pada BMW ini dan ia boleh bertahan sehingga pusingan ke 36. Mereka juga memilih u tuk menukar minyak pelincir enjin BMW ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam bisnes sewaan kereta untuk dipandu laju dalam litar Nurburgring, perkara di atas adalah sebahagian daripada kos penyelenggaraan yang perlu diambil kira. Namun bukan setiap hari pemandu F1 akan datang dan melenjan kereta sewa mereka. Bagi Misha dan Apex Ring Rental, video tersebut amat bagus untuk tujuan pemasaran berkenaan syarikat kereta sewa mereka.

Google ads
Back to top button