Buletin

INI RAHSIA VIETNAM BOLEH BINA KERETA NASIONAL DALAM MASA 2 TAHUN

Membina sebuah kereta produksi bukanlah proses yang mudah. Apa lagi buat sebuah syarikat baru yang tidak ada kepakaran. Melainkan anda sebuah syarikat start-up China yang mempunyai berbillion wang lebih yang mampu membeli setiap komponen, enjin dengan beribu pembekal, industri automotif secara asasnya adalah sebuah industri yang sangat sukar dan mencabar.

Namun agak mengejutkan apabila Vietnam mengumumkan untuk membuat kereta Nasional pertama mereka dua tahun lalu. Ketika diumumkan, mereka menyebut satu nama – Vinfast dan berjanji ia akan masuk ke pasaran domestik dalam tempoh dua tahun lagi.

Seperti yang dijanjikan, dua hari lepas, kereta Vinfast model Fadil yang digelar netizen sebagai Abang long Fadil menjadi realiti. Lebih 10,000 tempahan telah diterima di negara yang ekonominya sedang membangun rancak ini.

Vinfast Fadil sudah mula dihantar kepada pembeli.

Namun ramai yang bertanya. Bagaimana Vietnam boleh menghasilkannya sepantas ini?

Sebagai contoh, Indonesia mempunyai jenama Esemka yang belum pun nampak kelibat bayangnya walaupun telah diumumkan, diuji, diberitakan akan ke pasaran sejak 10 tahun yang lalu.

Bagaimana Vinfast boleh lakukannya?

Vinfast mengambil jalan singkat menggunakan semua sumber kepakaran yang ada dalam industri ini.

Ia bermula dari syarikat automotif Opel, BMW, Magna Steyr, hingga ke perekabentuk Pininfarina. Kesemuanya digabungkan dalam satu bumbung untuk menghasilkan projek automotif yang terpantas pantas dekad ini.

Model Fadil sebenarnya diasaskan dari Opel Karl Rocks yang mana kerangkanya dibuat dengan kerjasama BMW sementara enjin BMW turut digunakan tetapi telah disesuaikan dan ditala semula untuk pasaran Vietnam. Kerja penyesuaian tersebut dilakukan oleh firma automotif terkenal dari Austria – AVL.

Rekabentuk Fadil dihasilkan oleh firma pereka Pininfarina. Sementara komponen dalaman yang lain dihasilkan dengan kerjasama Magna Steyr .

Bagi mengkoordinasikan kepakaran yang diambil tadi, Vinfast melantik pengurus projek, Jim Deluca sebagai CEO yang pernah menyandang jawatan Presiden Global Manufacturing General Motors.

Vinfast merancang untuk menghasilkan 250,000 unit kenderaan dalam fasa pertama operasinya. Ia menjangkakan produksi akan meningkat kepada 500,000 unit menjelang tahun 2025. Tahun lalu, syarikat menyatakan ia mungkin mula mengeksport kereta pada pertengahan 2020. 

BACA: VINFAST FADIL DILANCARKAN. RM75K

GALERI

Google ads
Back to top button