Buletin

UMW TOYOTA DAN BANK ISLAM TAWAR SKIM PEMBIAYAAN PATUH SYARIAH

UMW Toyota kini menyediakan skim pembiayaan paling mampu milik bagi kepada semua pelanggan untuk memudahkan mereka memiliki kenderaan sendiri.

Pelan Toyota EZ Beli, Jom Drive, AITAB, Pelan Toyota Flexi serta skim sewa-beli dan pajakan kenderaan konvensional yang ditawarkan di semua cawangan serta pengedar rasmi Toyota, bertujuan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza-beza.

Dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad, UMW Toyota kini menawarkan dua lagi skim pembiayaan patuh shariah kepada pelanggan Toyota, dikenali sebagai Pembiayaan-i Kenderaan danPembiayaan-i Kenderaan GradHitz.

Pembiayaan-i Kenderaan ditawarkan kepada pelanggan yang berumur sehingga 60 tahun dengan pendapatan minimum RM2,800 atau lebih.

Pembiayaan-i Kenderaan GradHitz pula merupakan pakej istimewa untuk graduan yang baru mula bekerja, berumur tidak lebih 30 tahun, dengan kelayakan minimum diploma daripada institusi yang diiktiraf di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan kadar pembiayaan sehingga 100 peratus.

Kedua-dua skim ini berasaskan terma pembiayaan, dengan kontrak pembelian kos ditambah keuntungan, di bawah prinsip Murabahah kepada Pemesan Pembelian (MPO).

Tempoh pembiayaan adalah selama sembilan tahun dengan kadar keuntungan tetap bermula 2.35 sehingga 2.55 peratus setahun. Pelanggan juga layak untuk menikmati rebat sekiranya pinjaman dilangsaikan sebelum tempoh matang pembiayaan.

Pelan Pembiayaan Auto Takaful (AFTP), sebuah perlindungan takaful turut ditawarkan. Pelan itu melindungi jumlah baki pinjaman sekiranya berlaku

kematian atau kurang upaya kekal dalam tempoh pembiayaan. Sumbangan AFTP dikira berdasarkan jumlah pembiayaan dan umur pemohon.

Dua skim pembiayaan Bank Islam ini sah untuk semua kenderaan dan model baharu Toyota yang dijual oleh pengedar Toyota di seluruh Malaysia (termasuk di zon bebas cukai Labuan dan Langkawi).

Google ads
Back to top button