Buletin

VOLKSWAGEN TIGUAN X, SUV COUPE CANTIK UNTUK CHINA

Selepas imej paten disiarkan kepada umum oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, foto penuh SUV coupe Volkswagen Tiguan X akhirnya didedahkan. 

Menggunakan gayaan hadapan seperti Tiguan facelift tahun 2021, varian itu nampak sangat berbeza pada bahagian belakangnya.

Dari bahagian tengah, garis bumbung melurut ke bawah pada bahagian belakang yang menyaksikan cermin belakang lebih ‘landai’ dan diakhir dengan lid spoiler. Jentera itu juga diserlahkan menerusi lampu belakang yang berbeza dengan Tiguan biasa. 

Model yang anda lihat dalam gambar ini merupakan varian tertinggi iaitu 380 TSI 4Motion. Ia dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter TSI yang mampy menjana 220PS dan tork 380Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar DSG 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Motion. 

Satu lagi enjin yang ditawarkan ialah 2.0 TSI berkuasa 183HP dan tork 330Nm serta menggunakan kotak gear yang sama. 

Dibangun dan dibina oleh syarikat kerjasama SAIC-VW, SUV coupe itu menggunakan platform Tiguan dengan jarak roda lebih panjang. 

Tiguan X dijadual diperkenalkan di China pada akhir tahun ini dan eksklusif untuk pasaran itu sahaja. 

Google ads
"
"
Back to top button