Buletin

VW GOLF GTI Mk1 KUALITI MUZIUM NAK JUAL – DIJANGKA LEBIH RM168K!

Satu perkara mengujakan apabila bercakap mengenai kereta klasik ialah nilai dan harganya. Dengan harga yang tinggi, ada pemilik mahu kekal bersama dan ada juga yang terbuka untuk bertukar tangan dengan pemilik baharu.

Apabila bercakap tentang harga jualan, ia bukan sahaja mengenai kelasnya yang premium tetapi juga nilai estetika dan sejarah pada unit tersebut.

Ini ada sebuah Volkswagen Golf GTI 1.5 Mk1 Series 1 tahun 1979 yang bakal dibuka untuk bidaan di United Kingdom oleh peneraju lelongan kereta klasik dalam talian iaitu The Market.

Apa yang istimewa pada Golf GTI Mk1 ini? Selain daripada ia sebuah model ikonik, unit ini berada dalam keadaan yang sangat cantik dan terjaga setara kualiti muzium.

Unit ini adalah di antara generasi terawal di UK dengan pemanduan sebelah kanan, empat kelajuan manual dan hanya mempunyai jarak perbatuan di bawah 17,000 batu (27,358 km).

Satu lagi perkara menarik ia sudah tiga kali bertukar tangan tetapi masih kekal terpelihara.

Unit ini dibeli oleh pemilik pertama dengan harga £5,132.39 (RM27,940 – nilai sekarang) pada September 1979 dan dijangka mencecah £31,000 (RM168,765) sehingga £42,000 (RM228649) apabila bidaan dalam talian berlangsung dari 19 Mac hingga 25 Mac.

Unit ini juga popular sehingga mempunyai model skala Corgi Vanguards Classics 1:43 yang menyerupainya.

Unit dengan nombor pendaftaran ENT 847V ini terkenal di kalangan peminat dan pernah dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik termasuk rancangan BBC Clarkson’s Car Years pada Jun 2000.

Mazda CX30

Berikut ialah ciri-ciri lanjut mengenai unit bidaan VW Golf GTI Mk1:

  • Menggunakan warna hitam dengan kerusi corak tartan dan perak.
  • Lengkap dengan pelbagai komponen asli dan jarang ditemui seperti penutup minyak tanpa kunci, stereng tiga rongga Wolfsburg, penahan lumpur (mud flap) Wolfsburg asli, tali keledar Toric T-76 tanpa buckle dan tombol gear bola golf.
  • Kotak gear empat kelajuan hanya ditawarkan selama tiga bulan pada 1979 sebelum diganti dengan kotak gear lima kelajuan.
  • Model keluaran tanpa cermin suria, lampu kabus belakang, radio, cermin sisi bahagian penumpang.

Pada tahun 2015, unit ini dihantar kepada pakar Golf Mk1 yang terkenal iaitu Crazy Quiffs di Wallingford untuk diperbaharui dengan kos lebih daripada £7,000.

Kerja yang dilakukan termasuk penggantian suspensi, komponen brek dan saluran minyak bagi memastikan ia selamat digunakan.

Enjin juga ditanggalkan untuk pembersihan dengan kotak gear dibina semula dan penggantian klac.

Unit ini mempunyai Sijil Kenderaan Bersejarah Volkswagen dan didatangkan bersama model skala Corgi dalam kotak serta beberapa dokumen seperti resit jualan asal, buku log, brosur dan sebagainya.

BACA: VW GOLF GTE SAMA KUAT DENGAN GOLF GTI!

BACA: VW CADDY 2020 – VAN BARANG ATAU MPV? 2-2 PUN BOLEH!

BACA: NAK DENGAR BUNYI KERETA ELEKTRIK? INI BUNYI VW ID.3

Tags
Google ads
Back to top button