Buletin

NAK DENGAR BUNYI KERETA ELEKTRIK? INI BUNYI VW ID.3

Bermula Julai 2019, kereta elektrik yang baru didaftar diwajibkan untuk mengeluarkan bunyi buatan (artificial driving sound).Β Ini penting kerana kereta elektrik begitu senyap terutama sekali semasa berhanti.

Kereta yang terlampau senyap boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.

Volkswagen sedang membangunkan kereta elektrik hatchback yang dikenali sebagai ID.3 dan baru-baru ini telah memperdengarkan bunyi kereta itu di forum DRIVE di Berlin, Jerman.

Apa yang menarik tentang bunyi buatan ialah pengeluar boleh menentukan identiti mereka sendiri. Pada masa akan datang EV keluaran VW berkemungkinan boleh dicam melalui identiti tersendiri.

Sama seperti Butterfingers yang mempunyaiΒ butter-soundΒ atau mana-mana kumpulan muzik mempunyai identiti muzik sendiri, begitu agaknya pada masa depan.

VW telah pun merancang untuk siri famili ID. pada masa depan dengan menggunakan Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS).

Sistem itu menghasilkan bunyi buatan semasa kereta mula bergerak sehingga kelajuan 30 km/j dan ketika mengundur dan boleh didengar di dalam dan luar kereta.

Di dalam kereta, pelbagai peringkat bunyi pemanduan boleh didengar berdasarkan kelajuan dan kedudukan pedal pendikit.

Apabila kelajuan melebihi 30 km/j, bunyi rolling resistanceΒ dan kereta bergerak akan menjadi lebih kuat dan bunyi buatan tidak lagi diperlukan.

BACA:Β PADA 1974 VW GOLF MK1 DIPERKENAL, MODEL IKONIK SAMPAI SEKARANG

Apa yang menarik tentang bunyi buatan ini ianya bukan dibuat dengan mudah. Bunyi pemanduan VW dibangunkan dengan kerjasama Leslie Mandoki iaitu seorang komposer dan penerbit muzik.

Audio pelbagai lapisan (track) itu adalah ekspresi kelajuan dan dinamika sebuah mobiliti elektrik.Β 

VW tidak sekadar memandang bunyi sekadar alat keselamatan pada kelajuan tetapi juga sebagai identiti yang tersendiri.

Dengarkan bunyi rakaman VW ID.3 di bawah. Seolah-olah berada di dalam filem futuristik.

Google ads
Back to top button