Artikel Pilihan

FERRARI DIPERCAYAI SELESAIKAN TUDUHAN SECARA SULIT BERKAITAN ENJIN DENGAN FIA – MENGAMUK LA PASUKAN LAIN

Musim lepas, FIA telah membuka kertas siasatan terhadap unit enjin Ferrari selepas beberapa pasukan membuat bantahan selepas mendapati jentera Ferrari secara tiba-tiba mempunyai kelajuan yang melebihi kebiasaan di laluan lurus selepas pertengahan musim.

Kini selepas beberapa bulan analisa dibuat terhadap enjin spesifikasi 2019 tersebut, FIA akhirnya berjaya membuat penyelesaian dengan pasukan Formula Satu dari Itali tersebut. Butiran lanjut bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum dan ini menimbulkan ketidakpuasan kepada tujuh daripada sembilan pasukan lain.

Bukan itu sahaja, tujuh pasukan tersebut membuat kenyataan berasama bersama minggu meminta penjelasan berkenaan isu tersebut oleh FIA dan bersedia mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Dalam kenyataan bersama tersebut, pasukan Mercedes, Red Bull, McLaren, Renault, Racing Point, Alpha Tauri dan Williams kesemuanya menyatakan bantahan terhadap keputusan tersebut. Alfa Romeo dan Haas tidak turut sama kerana mereka juga menggunakan enjin Ferrari.

Walaupun respon FIA terhadap perkara ini belum diperolehi tapi ada sumber lain menyatakan yang Ferrari masih belum dibebaskan dari tuduhan ini. FIA dikatakan masih belum berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Ferrari tetapi disebabkan ia masalah yang rumit dan fakta kekurangan bukti untuk menyokong pertuduhan adalah cukup sukar untuk kesalahan tersebut dibuktikan.

Tunggu sahaja apa keputusan selanjutnya. Namun jika benar Ferrari terlepas dari tuduhan atas sebab-sebab tertentu seperti yang dibimbangi pihak pasukan lawan, ia sememangnya akan menjejaskan nama baik FIA dan Formula Satu itu sendiri.

Mana boleh ada pilih kasih dalam sesuatu pertandingan. Pihak yang salah harus dikenakan hukuman yang dipersetujui ramai tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Tags
Google ads
Back to top button