Artikel Pilihan

WAJAH BAHARU KERETA KESELAMATAN F1 – ADA AGENDA LAIN KE NI?

Selepas berehat panjang akibat wabak pandemik Covid-19, Formula 1 bakal membuka tirai persembahan hujung minggu ini di GP Austria. Ia juga akan menyaksikan kereta keselamatan Mercedes-AMG GT R dengan wajah baharu buat pertama kalinya dalam beberapa dekad ini.

Mercedes-AMG telah membekalkan kereta keselamatan untuk perlumbaan F1 selama 25 tahun bermula dengan Mercedes-AMG C36. Dari dulu hingga kini warna yang digunakan kekal sama, cat perak dengan kemasan berwarna hitam. Tapi kali ini untuk musim 2020, jentera Mercedes-AMG GT R ini akan digunakan untuk mempromosikan kempen “WeRaceAsOne” Formula 1 dengan menampilkan hiasan berwarna pelangi yang cukup menyerlah.

Hmm, pelangi ye? Kami tahu mesti macam kami pada peringkat awal, korang mesti menyangkakan ini salah satu agenda LGBT kan? Ye lah siapa lagi nak guna lambang pelangi kecuali korang ni memang minat kek lapis Serawak.

Tapi sebenarnya corak pelangi ini berbeza dengan pelangi pada lambang LGBT. Ia mempunyai 10 jaluran warna termasuk hitam (eh, pelangi sebenar ada hitam ke?) dan berbeza dengan LGBT yang cuma mempunyai 6 jaluran. Ia juga berbentuk separuh bulatan dan memang berbeza dari lambang puak-puak tak senonoh tu.

Kemasan corak pelangi ini dan hasgtag #WeRaceAsOne turut akan dipaparkan pada semua jentera F1 dan seluruh bahagian litar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Corak ini juga dipilih kerana ia digunakan di peringkat antarabangsa sebagai lambang penyatuan seluruh manusia.

Sebab tak puas hati kami semak lagi dan ternyata tak ada seorang pun pemandu F1 ni gay kecuali seorang. Tapi tu pun tak tahulah ye ke tidak. Pelumba tu pun dari dekad 70-an, tak popular pun. Siapa? Korang carilah sendiri. Malas la nak layan bab gay ni.

Sebagai tambahan, kempen pandu dengan selamat (Drive Safely) turut dititik beratkan kali ini dan juga dipamerkan pada penutup hud kereta keselamatan dan kereta kecemasan F1.

Spesifikasi kereta ini bagaimanapun masih sama iaitu dengan enjin 4.0L V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 585 hp kuasa maksima dan dibantu pula oleh sistem aerodinamik aktif yang mampu membolehkannya bergerak lancar di atas permukaan litar bila diperlukan.

Google ads
Back to top button