,
Artikel Pilihan

WULING VICTORY – MPV BAHARU DARI CHINA MULA MENUNJUKKAN DIRINYA

Jenama Wuling, sebuah pembuat dari China yang bernaung di bawah Kumpulan GM telah mula menayangkan paras rupa MPV terbaharu mereka, Victory. MPV serba baharu ini dijangka membuat kemunculan pertama di Chengdu Motor Show 2020 bulan hadapan.

Dilihatkan rekaan Wuling Victory ini secara kasar, jelas sekali ianya mempunyai saiz yang cukup sesuai untuk membawa tujuh penumpang dewasa dengan cukup selesa. Nampaknya Wuling masih selesa untuk mengekalkan pintu jenis daun di bahagian penumpang belakang berbanding pintu jenis gelongsor. Tapi jika di bandingkan dengan model MPV Wuling sebelum ini, ternyata Victory ini berada dalam kelas yang berbeza.

Perubahan yang paling ketara adalah penggunaan logo dengan warna Silver yang baharu, berbanding warna merah sebelum ini setelah pengenalan warna baharu untuk jenama tersebut diperkenalkan kepada umum pada Mei yang lalu. Ternyata pengenalan warna baharu untuk logo korporat jenama tersebut berjaya memberikan imej yang lebih ekslusif berbanding penggunaan warna merah.

Rekaan lampu utama jenis LED yang menipis dan tajam itu membuatkan penampilan MPV ini jauh lebih bergaya dan nampak moden

Manakala bahagian belakang Wuling Victory ini rasanya tiada apa yang hendak dirungutkan. Kelihatan sangat bergaya dan ok. Cuma bahagian plat nombor itu aja kelihatan sedikit melampau. Malah, perkataan WULING turut tertera kemas di bahagian tengah, menggantikan logo seperti kelaziman pembuat kenderaan yang lain.

Dan nadinya, dengar khabar bakal menggunakan enjin 1.5 liter lengkap dengan pendesak turbo serta mempunyai kuasa maksimum 174 HP. Sama seperti yang dipasang pada model Wuling Cortez.

Untuk merubah rupa MPV yang sedia ada menawan ini kepada lebih bergaya, turut ditawarkan adalah varian Victory Sport. Perubahan ketara adalah penggunaan gril baharul berwarna gelap yang melatari rekaan logo Wuling tersebut disamping penggunaan rim yang lebih besar berbanding varian standard.

Model global baharu ini dijangka dilancarkan di China dalam Suku Ketiga tahun ini juga. Melihatkan rekaannya yang jauh lebih premium, sudah tentu ianya akan menjadi pilihan golongan yang sedikit bangsawan untuk memilikinya. Dan siapa tahu, pasaran Indonesia mungkin menjadi destinasi untuk rantau Asia Tenggara, sementelah jenama Wuling ini semakin mendapat perhatian buat rakyat dari negara Sang Garuda itu.

Kredit : GM Authority

BACA : WULING ALMAZ – SUV GAYA MEWAH UNTUK INDONESIA

BACA : WULING SEDIA MENCABAR TOYOTA INNOVA PULA

Tags
Google ads
Back to top button