Buletin

GENTARI GREEN MOBILITY JALIN KERJASAMA DENGAN LOTUS CARS MALAYSIA, TEROKA INFRASTRUKTUR MOBILITI HIJAU

Syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd melalui anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM).

Melalui kerjasama itu, kedua-dua syarikat mahu meneroka dalam penempatan infrastruktur mobiliti hijau untuk pengecasan EV di kemudahan LCM serta kawasan awam, termasuk pakej pengecasan EV bagi pemilik Lotus EV.

Selain itu, turut disasarkan adalah pengenalan penyelesaian Armada Kenderaan Sifar Pelepasan di Malaysia dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di kemudahan LCM serta platform digital LCM.

“Di Gentari, kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang mahu ke arah mobiliti mampan. Hari ini, kami bekerjasama dengan Lotus Cars Malaysia untuk memudahkan pemandu kereta berprestasi tinggi mengurangkan jejak karbon mereka,” kata Ketua Pegawai Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli.

Sejak diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari telah mencapai kemajuan pesat dalam mengembangkan rangkaian mobiliti hijau antaranya menyediakan 150 infrastruktur pengecasan di 35 lokasi di Malaysia dan lebih 160 infrastruktur pengecasan di India.

“Kerjasama ini akan membolehkan kami menyokong pelanggan Lotus EV lebih baik, bermula dengan semua- elektrik Eletre Hyper-SUV,” tambah Pengurus Besar Lotus Cars Malaysia, Tengku Ezan Ley.

Google ads
Back to top button