JENTERA MARTIN SESKS BERSAMA FORD PUMA RALLY1 DIDEDAHKAN
Jentera dan livery yang bakal digunakan pemandu Estonia Martin Sesks telah didedahkan bersama Ford Puma Rally1 ketika beliau bakal membuat kemunculan sulung di FIA Word Rally Championship (WRC), ORLEN 80th Rally Poland pada 27 – 30 Jun ini.
Disokong oleh Promoter WRC dan juga M-Sport Ford, Martin Sesks akan memperkenalkan Ford Puma Rally1 bukan hibrid dalam pusingan ketujuh WRC musim depan minggu depan. Beliau kemudiannya akan menaik taraf kepada kereta berkuasa hibrid dengan spesifikasi penuh untuk perlumbaan berikutnya di Latvia yang juga rumah kepada Martin Sesks.
Livery yang bakal digunakan Martin Sesks ini menampilkan warna putih sebagai asas dan juga rekaan grafik berwarna merah terang, sebagai tanda penghargaan terhadap awal kerjayanya dan juga negara asalnya Latvia.
“Saya sentiasa mempunyai kereta merah semasa kerjaya saya, sebenarnya, bermula dari go-kart”, menurut Martin Sesks. “Tetapi perkara kedua ialah kami ingin menunjukkan rasa terima kasih kami kepada Latvia dan orang hebat serta peminat yang menyokong kami untuk membawa warna Latvia ini ke kejohanan dunia,” tambahnya lagi.
Martin Sesks dan Juruarah Renars Francis mengalami kilometer pertama mereka brsama jentera Ford Puma Rally1 semasa ujian di Estonia pada hari Isnin. Menggambarkan pengalaman itu, Sesks berkata: “Ujian itu adalah pada hari Isnin, dan saya fikir ia adalah hari Isnin terpantas yang pernah saya alami. Ia adalah sesuatu yang luar biasa.”
Jentera Ford Puma Rally1 yang bakal dipandu Martin Sesks ini tidak akan mempunyai sistem hibrid yang bermakna jentera ini akan kehilangan kuasa sekitar 134 HP yang dibekalkan melalui sistem berkenaan. Akan tetapi, sebuah dummy sistem hibrid berkenaan dengan berat yang serupa (100 kg berat keseluruhan) akan diletakkan untuk memberikan berat yang setara dengan jentera Rally1 berspesifikasi penuh.
Perlumbaan ORLEN 80th Poland kembali ke WRC selepas berehat seketika daripada kalender selama tujuh tahun. Perlumbana bermula dari Mikołajki pada petang Khamis (27 Jun) akan meliputi 19 peringkat sebelum perlumbaan tamat pada petang Ahad.
BACA : MARTIN SESKS AKAN BERPELUANG MEMANDU JENTERA RALLY1 MUSIM INI