" "
Buletin

WRC 2024 – THIERRY NEUVILLE AKAN MEMBURU TAHTA WRC DI JEPUN. TAKAMOTO KATSUTA MAHU MENANG DI BUMI SENDIRI

Debaran makin memuncak ketika perlumbaa terakhir dalam kalendar FIA World Rally Championship (WRC) bakal memulakan aksi pada minggu hadapan di FORUM8 Rally Japan membabtikan perseteruan diantara Thierry Neuville dan juga Ott Tanak untuk merebut tahta kejuaraan WRC.

Selaku pendahulu pungutan mata, pastinya mata terarah kepada Thierry Neuville yang masih lagi mencari kejuaraan sulung WRC sepanjang kerjayanya sebagai pemandu rali bagi mencipta sejarah di Bandar Toyota itu.

Bintang dari Belgium itu akan memulakan perlumbaan ke 13 dalam kalendar WRC dan yang terakhir untuk musim ini dengan sedikit kelebihan semetelah beliau baharu sahaja menamatkan perlumbaan permukaan aspal di Sepanyol baru baru ini.

Menurut Thierry Neuville, “Sasaran di Rali Jepun adalah untuk membawa pulang kejuaraan WRC untuk Pemandu serta menyokong usaha pasukan untuk merebut kejuaraan Pengeluar dalam masa yang sama. Kami telah melakukan tugas dengan baik sepanjang musim ini tetapi sudah tentu sekiranya berpeluang untuk menyokong usaha ke arah itu, kami akan menyokongnya”.

Walau pun ramalan kaji cuaca menyatakan cuaca akan stabil sepanjang minggu perlumbaan namun tiada apa yang mustahil untuk ianya berubah dengan pantas.

Di Jepun cuaca memainkan peranan yang cukup besar untuk perlumbaan nanti. Apabila cuaca sejuk, keadaan jalanraya akan dipenuhi dengan dedaunan yang bertebaran dan ianya akan menyebabkan cengkaman tayar akan menjadi sangat mencabar. Ditambah dengan beberapa peringkat perlumbaan yang baharu, sudah pastinya akan memberikan cabaran baharu buat semua Pemandu.

Sementara itu, hero tempatan, Takamoto Katsuta turut telah bersedia untuk beraksi di bumi sendiri tanpa mengambil kira keadaan cuaca kelak bersama jentera Toyota GR Yaris Rally1.

Prestasi Takamoto Katsuta di Jepun tahun sudah dilihat cukup memberangsangkan apabila berjaya memenangi 10 peringakt perlumbaan daripada 22 yang dipertandingkan.

Tahun ini pastinya sekali lagi khidmat beliau ditagih untuk mempamerkan aksi yang serupa untuk membantu kutipan mata bagi Pengeluar setidaknya untuk pasukan Toyota Gazoo Racing. Atau pun mungkinkah beliau mampu menjadi pengacau diantara Thierry Neuville dan juga Ott Tanak?

Menarik juga untuk aksi di Jepun nanti, beliau akan ditemani ayah Norihiko Katsuta 55 tahun yang akan turut beraksi dalam kelas WRC2 bersama jentera Toyota GR Yaris Rally2.

BACA : WRC 2024 – DEBARAN MENANTIKAN PERLUMBAAN TERAKHIR DI FORUM8 RALLY JAPAN

BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG FORUM8 RALLY JAPAN

Google ads

B K

Back to top button