Buletin

TET RALLY LATVIA – APA YANG MENARIK TENTANGNYA? MARTIN SESKS ADA PELUANG UNTUK MENANG KAH?

Latvia akan menjadi negara ke-37 yang menganjurkan perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) apabila negara tersebut akan menganjutkan perlumbaan ke 8 dalam kalendar musim 2024 pada hujung minggu ini.

Keterujaan akan semakin memuncak di seluruh negara Baltik tersebut dengan menjangkakan rali akan bermula pada petang Khamis bermula di ibu kota, Riga, apabila pemandu rali dan kereta terbaik dunia akan bertempur di bumi Latvia buat kali pertama. Latvia ini bukan sahaja mempunyai ramai peminat yang bersemangat, tetapi juga bakat tempatan yang semakin mendapat perhatian Mārtiņš Sesks.

Martin Sesks, yang baru berusia 24 tahun dan tinggal di Liepāja di mana lokasi Service Park akan berpusat, menduduki tempat kelima keseluruhan, suatu pencapaian yang luar biasa untuk penampilan pertama beliau bersama jentera Rally1 di Poland bulan lepas.

Selepas memandu jentera Rally1 tanpa unit hibrid sebagai langkah untuk menyesuaikan diri dengan Ford Puma Rally1, Martin Sesks dan Juruarah Renars Francis akan memandu jentera Rally1 berspesifiaksi penuh yang dilengkapi dengan sistem hibrid untuk perlumbaan di halaman sendiri. Untuk rekod Martin Sesks adalah pemenang untuk perlumbaan FIA European Rally Championship (ERC) di Latvia pada tahun 2022 dan juga 2023.

Sungguh pun demikian, tumpuan tetap diberikan kepada Thierry Neuville yang akan memulakan aksi terlebih dahulu bersama jentera Hyundai i20 N Rally1 sebagai pendahulu kejuaraan pungutan dengan hanya kelebihan 15 mata.

Menemani beliau sudah pastinya Ott Tanak dan juga Esapekka Lappi untuk jentera kedua dan ketiga. Namun terdapat cakap – cakap Ott Tanak berkemungkinan tidak cukup cergas untuk beraksi sementelah beliau mengalami kemalangan di Rally Estonia minggu sebelumnya. Sebagai langkah berjaga – jaga, pasukan Hyundai Motorsport turut membawa Andreas Mikkelsen sebagai pengganti.

Pasukan Toyota Gazoo Racing pula mengambil serius di Latvia dengan membariskan empat jentera yang akan diketuai Elfyn Evans, Kalle Rovanpera, Sebastian Ogier dan juga Takamoto Katsuta. Pemandu Jepun tersebut tidak akan diberikan peranan mengutip mata kali ini.

Adrien Fourmaux and Grégoire Munster akan melengkapkan trio yang memandu jentera Ford Puma Rally1 di Latvia disamping Martin Sesks.

Saingan WRC2 juga dijangka sengit membabitkan saingan diantara Oliver Solberg dan juga Gus Greensmith untuk terus mengutip mengejar kejuaraan WRC2.

BACA : JENTERA MARTIN SESKS BERSAMA FORD PUMA RALLY1 DIDEDAHKAN

BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA MENANG DI POLAND WALAU PUN HANYA SEBAGAI PEMANDU GANTIAN

Google ads

B K

Back to top button