
WRC 2024 – KALLE ROVANPERA MENANG LAGI DI LATVIA
Pemandu sambilan pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanperä sekali lagi mempamerkan pemanduan yang cukup handal apabila berjaya mengungguli perlumbaan di Tet Rally Latvia, pusingna kelapan dalam kalendar perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) setelah melakukannya di Poland sebelum ini.
Kemenangan pemandu muda yang juga penyandang juara WRC musim lalu tidaklah asing beraksi di negara Baltik tersebut apabila pernah beraksi buat pertama kali di jalan raya Latvia lebih 10 tahun yang lalu ketika berusia 12 tahun.

Kalle Rovanperä seakan tidak pernah dicabar secara serius semasa perlawanan empat hari yang bermula di ibu kota Rīga pada petang Khamis sebelum mengembara ke barat ke Liepāja. Kalle Rovanpera terus menjarakkan masa dari mula sehingga ke akhir perlumbaan dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 beliau dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelebihan masa 39.2 saat.
Podium kedua pula diraih seorang lagi pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Sebastian Ogier menjadikan Tet Rally Latvia ini cukup manis dengan kemenangan podium 1 – 2.

Podium ketiga pula menjadi milik pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Ott Tanak yang sudah pastinya cukup lega dan gembira dengan keputusan di Latvia ini. Dengan keputusan podium ini, Ott Tanak kini berada di tempat kedua keseluruhan di belakang rakan sepasukan Thierry Neuvile dalam kejuaraan WRC.
Adrien Fourmaux yang memandu jentera Ford Puma Rally1 berada di tempat keempat keseluruhan dengan Elfyn Evans yang masih lagi dalam cubaan mengejar kejuaraan WRC berada di tempat kelima keseluruhan.
Hero tempatan Martin Sesks yang memandu jentera berspesifikasi penuh Ford Puma Rally1 diawalnya dilihat seperti berupaya menghasilkan kejutan di bumi sendiri apabila berjaya memenangi peringkat di awal perlumbaan. Cukup untuk membuktikan betapa lajunya beliau. Tamat saingan hari pertama Martin Sesks berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan di belakang Kalle Rovanpera dan juga Sebastian Ogier.

Namun ketika hari terakhir perlumbaan nasib malang menimpa Martin Sesks apabila Ford Puma Rally1 beliau mengalami masalah teknikal saat akhir yang mengakibatkan beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh sekali gus kehilangan podium yang sepatutnya diperolehi.
Kedudukan Pungutan Mata Pemandu
- Thierry Neuville – 145 mata
- Ott Tanak – 137 mata
- Elfyn Evans – 132 mata
BACA : WRC 2024 – KALLE ROVANPERA MENANG DI POLAND WALAU PUN HANYA SEBAGAI PEMANDU GANTIAN
BACA : WRC 2024 – OTT TANAK BERJAYA MERAMPAS KEMENANGAN DI RALLY ITALIA SARDEGNA