Buletin

WRC2 – YOHAN ROSSEL MENANG DI CROTIA RALLY

Pemandu dari Perancis, Yohan Rossel berjaya memenangi perlumbaan sokongan FIA World Rally Championship (WRC), WRC2 di Crotia Rally yang berlangsung sewaktu musim Hari Raya tempohari.

Pemandu berusia 28 tahun yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 itu berjaya menggungguli saingan di Croatia dengan agak selesa walau pun berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, hujan dan panas. Yohan Rossel ternyata berjaya mendahului saingan sejak hari Jumaat lagi tanpa masalah untuk meninggalkan pesaing, Nikolay Gryazin yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 untuk pasukan Toksport WRT.

Yohan Rossel yang kali terakhir berlumba di Rallye Monte-Carlo pada Januari benar – benar serius untuk menamatkan perlumbaan dengan gemilang bagi mengutip mata maksimum. Menariknya, jentera Citroen C3 Rally2 yang dipandu beliau telah menerima kerja – kerja tingkat taraf dari segi teknikal, sekali gus memberikan sedikit kelebihan buat pemandu Perancis itu.

Sewaktu saingan hari Jumaat, Yohan Rossel berjaya untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dan hasilnya beliau berada di hadapan 29.9 saat di hadapan Nikolay Gryazin. Ini merupakan kemenangan kedua buat Yohan Rossel setelah melakukannya di Monte Carlo Januari lalu. Beliau memilih untuk tidak beraksi dalam dua perlumbaan sebelum ini di Mexico dan Sweden.

Nikolay Gryazin yang berasal dari Russia itu berlumba di bawah naungan Russian Automobile Federation atas faktor peperangan dua negara Russia – Ukraine akur untuk berada di tempat kedua keseluruhan.

Melengkapkan podium adalah pemandu dari Finland Emil Lindholm yang juga merupakan rakan sepasukan Nikolay Gryazin, turut memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Emil Lindholm berjaya mengatasi masalah dengan transmisi pada saingan hari Jumaat untuk mendapatkan kemenangan podium.

Sementara itu, pendahulu saingan WRC2 sebelum ini, Oliver Solberg memutuskan untuk tidak mengutip sebarang mata di Croatia Rally ini dan hanya mahu menguji jentera Skoda Fabia RS Rally2 beliau sahaja. Pemandu berusia 21 tahun itu memilih untuk menguji tetapan basah meliputi sistem kotak gear memandangkan hari yang hujan di awal hari.

Malangnya cuaca hujan yang melanda tiba – tiba berubah menjadi panas dan kering sekali gus menyebabkan jentera beliau tidak beraksi secara optimum dengan tetapan yang dipilih. Sungguh pun demikian, mengikut catatan masa, Oliver Solberg masih berupaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kelas WRC2, cumanya tiada pungutan mata / podium yang diberikan kepada beliau.

Kedudukan Pungutan Mata

  1. Yohan Rossel – 53 mata
  2. Emil Lindholm – 44 mata
  3. Oliver Solberg – 43 mata

BACA : OLIVER SOLBERG CEMERLANG DI RALLY SWEDEN DALAM AKSI WRC2

BACA : WRC2 – GILIRAN GUS GREENSMITH UNTUK MENANG DI MEXICO

Google ads

B K

Back to top button