Buletin

VINFAST PERKENALKAN EV MAMPU MILIK, VF 5 PLUS, HARGA RM102K – NAK LAWAN JENAMA CHINA DI VIETNAM

VinFast memperkenalkan kereta elektrik mampu milik, SUV VF 5 Plus, di Vietnam, menawarkan harga serendah AS$23,000 (RM102,589).

Walau bagaimanapun, perjalanan VinFast dijangka tidak akan mudah kerana pasaran Vietnam turut dikuasai oleh jenama China selain, rakyat Vietnam lebih memilih pengangkutan dua roda.

VinFast tahun ini menjadi pembuat kereta Vietnam pertama menjual kereta di A.S., di mana ia terpaksa menurunkan harga selepas Tesla melancarkan ‘perang’ harga.

Syarikat itu berkata bahawa California telah meluluskan SUV elektrik VF 8 untuk program rebat yang menjimatkan pembeli sebanyak AS$7,500 (RM33,453).

Untuk rekod, VinFast menghantar 7,400 kereta elektrik pada 2022 dan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 250,000.

Sementara itu, pengeluar dari China pula datang dengan misi ‘peralihan daripada motosikal kepada kereta’ di Vietnam.

Seperti sedia maklum, Vietnam adalah salah satu pasaran motosikal terbesar di dunia bilangan motosikal di jalan raya lebih daripada 60 juta.

Tanpa peralihan yang bersih, pengkritik bimbang kelambakan kenderaan empat roda menyebabkan lebih banyak pencemaran.

“VF 5 Plus menyediakan pilihan tambahan bersesuaian dengan keperluan majoriti, sekali gus menggalakkan pengguna beralih kepada kenderaan elektrik dan menyumbang kepada masa depan lebih mampan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif VinFast, Le Thi Thu Thuy.

Perkembangan berkaitan, VinFast menyasarkan untuk mula membina EV di North Carolina menjelang 2025 serta memperkenalkan teksi elektrik di pasaran Vietnam bulan ini.

Google ads
Back to top button