Buletin

WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG AKHIR MENANG SEMULA DI LATVIA

Setelah melalui beberapa perlumbaan kelas WRC2 yang sedikit mengecewakan, akhirnya pemandu muda dari Sweden Oliver Solberg berjaya memenangi perlumbaan kedua musim ini di Tet Rally Latvia dengan sungguh bergaya apabila berjaya mendahului saingan dari awal.

Pemandu berusia 22 tahun itu berjaya mendahului dari awal dengan perlumbaan berbatu berkelajuan tinggi mengambil mata penuh dengan memandu Skoda Fabia RS Rally2 untuk memintas dua pemandu Sami Pajari dan Yohan Rossel, yang tidak bersaing untuk merebut mata di Latvia kali ini.

Ketika perlumbaan hari Jumaat, Oliver Solberg berjaya memenangi enam daripada tujuh peringkat untuk mendapatkan kelebihan masa 31.1 saat dan terus kekal mendahului saingan hari Sabtu dengan kelebihan 26.6 saat di hadapan pemandu dari Finland Mikko Heikkilä yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 serta Sami Pajari juga dengan jentera yang serupa kekurangan 5.0 saat di hadapan pemandu senegaranya itu. Untuk rekod Mikko Heikkilä juga bersaing dalam kategori WRC2 Challenger.

Akhirnya keputusan terus kekal memihak kepada Oliver Solberg dengan Mikko Heikkilä juga kekal berada di podium kedua dengan ketinggalan 37.4 saat dan juga Sami Pajari di podium ketiga dengan hanya perbezaan 7.4 saat. Dengan keputusan itu membolehkan Mikko Heikkilä membawa pulang kejuaraan WRC2 Challenger di Latvia ini.

“Ia satu perasaan yang hebat untuk akhirnya menang lagi,” menurut Oliver Solberg. Terdapat beberapa rali yang sukar, tetapi ia menakjubkan untuk kembali mendapatkan kelajuan. Kereta telah berfungsi dengan baik pada hujung minggu, terima kasih kepada pasukan kerana mengekalkannya untuk terus memecut.”

Dengan keputusan yang cemerlang di Latvia ini, Oliver Solberg berjaya mendahului pungutan mata di hadapan Sami Pajari dengan hanya kelebihan 3 mata memisahkan.

Sami Pajari pastinya berasa sedikit kecewa dengan ketinggalan masa yang agak tipis untuk memisahkan kedudukan podium kedua dan juga ketiga. Sami Pajari sebelum ini telah pun ditawarkan untuk beraksi bersama jentera Toyota GR Yaris Rally1 di bumi sendiri pada bulan hadapan, 1 – 4 Ogos nanti.

BACA : WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG HEBAT DI BUMI SENDIRI. SYABAS ANAK MUDA!

BACA : WRC2 2024 – SAMI PAJARI MUNCUL JUARA BUAT PERTAMA KALI BERSAMA TOYOTA GR YARIS RALLY2

Google ads

B K

Back to top button