
WRC2 2024 – NIKOLAY GRYAZIN MENANG BERSAMA CITROEN C3 RALLY2
Pemandu yang berasal dari negara Bulgaria, Nikolay Gryazin muncul sebagai pemenang bagi kategori WRC2 di Rally Croatia bersama jentera Citroen C3 Rally2 setelah mendominasi saingan sedari awal saingan lagi sekali gus mengekal rekod bersih jentera dari Perancis itu di kota Zagreb.
Dengan kelebihan 39.5 saat berbanding atas rakan sepasukannya, Yohan Rossel yang turut memandu jentera yang serupa ketika perlumbaan memasuki hari Ahad, pemandu Nikolay Gryazin menggunakan pendekatan bebas risiko pada empat peringkat laluan aspal terakhir sambil terus menamatkan perlumbaan di akhirnya dengan kelebihan masa terakhir 38.5 saat di hadapan. Jentera Citroën kini telah mengungguli sainganWRC2 dalam setiap kali edisi Rally Croatia berlangsung.
“Ianya perasaan yang sangat bagus terutamanya dengan semua persediaan yang kami buat sebelum bermulanya perlumbaan. Saya hanya perlu memandu seperti ini lebih kerap. Saya perlu mengingati perasaan ini,” ujar Nikolay Gryazin.

Begitu juga dengan Yohan Rossel yang mengambil pendekatan yang sama dengan kelebihan masa dua minit memisahkan dirinya daripada tempat ketiga, Pepe López, yang terpaksa bertarung sengit dengan Nicolas Ciamin untuk merebut podium terakhir.
Berlumba dengan memandu dengan Hyundai i20 N Rally2, Nicolas Ciamin memulakan aksi terakhir hanya 10.8 saat di bawah di Škoda Fabia RS Rally2 yang dipandu oleh Pepe López tetapi dengan laluan yang singkat 1.2km ke pembukaan hari itu menyebabkan pemandu dari Perancis itu kehilangan lima saat dan akur dengan keputusan akhir.

Juara WRC3 2022, Lauri Joona kelihatan bersedia untuk membuat kejutan dengan penamat lima teratas WRC2 pertamanya musim ini tetapi malang menimpa pada perlumbaan kedua pada Ahad, terpaksa berhenti dan menukar tayar. Itu menjatuhkannya ke tangga keenam dan memberikan peluang kepada Eyvind Brynildsen, yang membuat penampilan pertamanya sejak EKO Acropolis Rally Greece dua tahun lalu di tempat kelima keseluruhan.
Pemandu dari Finland Emil Lindholm pula berdepan masalah dengan jenteranya sepanjang hujung minggu yang berterusan pada hari Ahad apabila Hyundai i20 N Rally2 miliknya kehilangan kuasa pada SS18, tetapi dia dapat menahan saingan daripada Roberto Daprá yang memandu Skoda Fabia RS Rally2 dan menduduki tempat ketujuh keseluruhan.
Setelah berlangsung empat perlumbaan, kedudukan pesaing kejuaraan WRC2 dilihat cukup terbuka membabitkan Yohan Rossel dan Oliver Solberg yang berkongsi 43 mata sambil diekori rapat Nikolay Gryazin 40 mata.
BACA : WRC2 – STRATEGI GUS GREENSMITH BERHASIL UNTUK MENANG DI SAFARI RALLY KENYA
BACA : WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG HEBAT DI BUMI SENDIRI. SYABAS ANAK MUDA!