JARI-MATTI LATVALA SEKALI LAGI AKAN BERLUMBA DI RALLY FINLAND. KALI INI NAK PANDU TOYOTA GR YARIS RALLY2 PULA
Prinsipal Pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala telah mengumumkan bahawa beliau sekali lagi akan berlumba di Secto Rally Finland tetapi kali ini akan beraksi dalam kelas WRC2 pula dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2. Perlumbaan Secto Rally Finland akan membabitkan lebih 80 jentera rali.
Jari-Matti Latvala yang merupakan pemenang perlumbaan WRC sebanyak 18 kali akan menggunakan perlumbaan di Finland bagi membiasakan dengan jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang telah dilancarkan awal tahun ini yang juga merupakan sebuah jentera rali penting buat Toyota sebagai sebuah jentera rali boleh dibeli pelanggan.
Prinsipal Pasukan yang berasal dari Finland itu telah membuat kemunculan semula dalam pentas kompetetif rali pada tahun lepas juga di Finland tetapi dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 yang mana beliau menduduki tempat kelima keseluruhan bersama Juruarah Juho Hänninen.
Menurut Jari-Martti Latvala, pada tahun lalu beliau merasa cukup seronok apabila dapat memandu jentera Rally1 ketika beraksi dan sememangnya masih lagi berharap untuk terus memandu di Rally Finland pada musim ini.
Jari-Matti Latvala telah pun berjumpa dengan Pengerusi Toyota, Akio Toyoda dan telah pun meminta persetujuan awal untuk beraksi sekali lagi di Rally Finland memandangkan sang Pengerusi tersebut sememangnya mengetahui hasrat dan minat Jari-Matti Latvala untuk memandu jentera rali. Dan dalam masa yang sama juga Jari-Matti Latvala menggunakan alasan bahawa beliau perlu lebih arif tentang prestasi jentera Toyota GR Yaris Rally2 ketika untuk menjual kepada para pelanggan.
Untuk rekod, Jari-Matti Latvala sebenarnya pernah juga memandu jentera model konsep Toyota GR Yaris Rally2 ketika di Rally Hokkaida pada tahun lepas, tetapi model terkini telah banyak mendapat perubahan dari segi prestasi.
Dan untuk aksi di Finland, beliau akan bersaing dengan Oliver Solberg dan juga Gus Greensmith untuk mengejar kejuaraan WRC2 selain daripada Yohan Rossel, Nikolay Gryazin, dan Jan Solans yang akan turut beraksi tetapi tidak akan mengutip mata.
BACA : JARI MATTI-LATVALA BERLUMBA DI RALLY HOKKAIDO DAN MENANG BERSAMA KERETA KONSEP GR YARIS RALLY2