Artikel Pilihan

XPENG HQ, LAGI BESAR DARI KLIA 1. INI TECH COMPANY BRO

Bila pertama kali melangkah masuk ke HQ Xpeng di Guangzhou, anda mungkin tergamam seketika dengan pejabat ala-ala syarikat moden seperti Google dan juga besar. Ia langsung tidak sama dengan kebanyakan pejabat syarikat automotif konvensional dan kuno

Bayangkan ini kompleks pejabat Xpeng di Guangzhou seluas 360,000 meter persegi, secara fakta adalah jauh lebih besar daripada terminal utama KLIA yang hanya sekitar 336,000 meter persegi. Dari luar, bangunan pejabat direka dengan menggunakan huruf X dengan satu lagi pejabat luar menempatkan divisi kereta terbang mereka iaitu Aridge.

Masuk sahaja ke dalam kompleks pejabat penulis terus menyedari bahawa HQ ini direka seperti bandar mini masa depan, lengkap dengan travellator dan escalator. Dalam kebanyakan syarikat biasa, staf hanya perlu bergantung kepada lift dan tangga. Tetapi dalam kompleks pejabat Xpeng, pergerakan ribuan pekerja antara blok yang beratus meter jauh memerlukan sistem transportasi dalaman yang efisien dan menjimatkan masa

Travellator ini bukan sekadar gimik, ia menunjukkan betapa besar dan sibuknya HQ XPeng ini, seolah-olah anda sedang berjalan di dalam terminal airport yang canggih. Segala-galanya dalam HQ ini disusun untuk menyokong visi Xpeng sebagai technology powerhouse.

1. Di sini terdapat R&D Center dan Design Studio, di mana otak syarikat mengembangkan teknologi AI, platform SEPA, autonomous driving, robot IRON, dan konsep kereta terbang. Bersebelahan dengan HQ terdapat Tower 1 yang menempatkan divisi Aridge. Kawasan ini menjadi pusat inovasi yang menggerakkan semua projek futuristik mereka.

2. Selain itu, terdapat pusat jualan eksklusif, yang bukan sekadar untuk jualan, tetapi untuk mempamerkan prototaip, material baharu, dan teknologi terkini kepada VIP, delegasi kerajaan, dan pelabur.

3. Tidak jauh dari situ, dewan pameran berfungsi sebagai gabungan museum dan lab, menampilkan sejarah syarikat, chip Turing, sensor radar dan Lidar, serta demonstrasi robot dan struktur bateri. Ia memberi gambaran jelas bahawa Xpeng bukan sekadar pembuat kereta, tetapi syarikat beteraskan teknologi dalam pelbagai ekosistem

4. Bagi mengekalkan kesejahteraan dan produktiviti staf, HQ ini turut dilengkapi dengan rooftop garden, di mana staf boleh berehat atau berbincang secara santai atau berjogging sekiranya mereka mahu melapangkan fikiran. Tidak cukup dengan itu, turut disediakan ialah bilik gym yang akan dibuka selepas waktu bekerja

5. Staff tidak perlu keluar untuk membeli kerana kafeteria Xpeng cukup besar dan penulis sendiri tersesat di sini. Turut disajikan ialah makanan moden, tradisional, pilihan makanan halal, fastfood seperti KFC dan Subway ada ditawarkan.

6. Untuk kemudahan pekerja, Xpeng juga menyediakan pejabat pos bagi urusan menerima dan mengepos dokumen atau parcel, klinik dalaman dan juga nursery bagi kakitangan yang baru memiliki bayi atau kanak-kanak.

7. Bahkan, bilik mesyuarat mempunyai had maksimum 8 orang sahaja dan tidak boleh melebihi 90 minit, memastikan setiap pertemuan berjalan efisien dan tiada masa terbuang. Semua ini menunjukkan budaya kerja Xpeng yang sangat teratur dan berdisiplin, seperti tech company besar yang mengutamakan produktiviti dan ketepatan.

Semuanya ini bukan sekadar kemudahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada strategi positioning Xpeng. Dengan HQ sebesar ini, Xpeng mahu menekankan bahawa mereka bukan sekadar syarikat automotif EV yang biasa, tetapi syarikat teknologi yang menggabungkan AI, robotik, autonomous driving, dan inovasi mobiliti masa depan.

Staff yang bekerja di sini tidak sekadar jurutera kereta tetapi mereka adalah saintis, jurutera AI, pereka chip, ahli robotik, dan pengatur data, semua bergerak dalam sebuah sistem yang teratur seperti bandar futuristik.

Secara keseluruhan, pengalaman memasuki HQ Xpeng membuat penulis faham bahawa syarikat ini serius untuk bermain di pentas global. Dengan fasiliti yang lengkap, budaya kerja yang tersusun, dan kapasiti staf yang kini mencecah 11,000 orang (dan dijangka naik ke 16,000 tahun depan), HQ ini bukan sekadar pejabat.

Ia adalah bandar teknologi mini Xpeng, simbol cita-cita i Xpeng untuk menjadi pemain global yang bukan sahaja menghasilkan kereta, tetapi membangun seluruh ekosistem teknologi dan mobiliti masa depan

Google ads
Back to top button