
KATANYA FORD GT BAHARU AKAN MUNCUL AWAL TAHUN DEPAN – BETUL KE NI?
Ford telah menghentikan pengeluaran Ford GT generasi kedua pada 2022. Ia menyebabkan kekosongan pada barisan model prestasi tinggi mereka yang kemudian diisi oleh model-model edisi istimewa. Tiada khabar dengan pengganti Ford GT sehingga sekarang. Harap-harap memang betul la Ford GT kali ni dan bukannya Mustang edisi terhad.

Ford baru sahaja umumkan Ford Racing Division yang baru sahaja dijenamakan semula kini dalam persediaan untuk mendedahkan sebuah model produksi baharu pada Januari 2026. Tak lama dah tu. Adakah ini memang Ford GT generasi ketiga ataupun sebuah model lain.
Menurut Ford lagi, kereta baharu itu diserapkan dengan teknologi perlumbaan tapi disesuaikan untuk kegunaan setiap hari. Bayangkan macam mana kereta yang diguna setiap hari macam Axia tapi ada teknologi perlumbaan. teknologi perlumbaan mana satu tak pula dinyatakan. Ke ada spoiler kecik kat belakang dan dikira teknologi perlumbaan?

Persoalan sebenar adalah benarkah Ford GT akan membuat kemunculan semula? Kalau memang Ford GT memang ia merupakan kesinambungan daripada Ford GT moden Mk1 yang diperkenalkan pada tahun 2005 dan diikuti oleh Mk2 pada 2017. Ford GT memang merupakan kereta halo Ford yang menampilkan rekaan eksotik dan sarat dengan teknologi perlumbaan.
Generasi kedua Ford GT dihasilkan dalam jumlah yang terhad sebelum diakhiri dengan beberapa varian edisi khas termasuklah Mk IV. Jika muncul kembali ia dikatakan akan mendapat sambutan hangat dari peminat supercar dua pintu moden dari Amerika Syarikat.
Kami pun suka dengan Ford GT ni berbanding dengan Ford MLM. Maaf… Ford Mustang. Sebab apa kami suka? Sebab tak pernah jumpa lagi geng MLM pakai Ford GT setakat ni. Hahaha.




