Artikel Pilihan

ENJIN EMPAT SELINDER RINGAN INI MAMPU CECAH 10000 RPM – DAH MACAM ENJIN SUPERBIKE NI

Siapa yang percaya enjin pembakaran dalaman (ICE) bakal berkubur tu memang akan kecewa la. Ia masih dihasilkan, semakin cekap dan rasanya masih akan kekal sehingga ke beberapa dekad akan datang. Enjin ICE kini semakin maju dan semakin berkuasa. Paling penting masa isi minyak masih kekal di bawah lima minit untuk isian penuh.

Inovasi enjin terkini ialah enjin baharu yang dinamakan Boreham Ten-K daripada Boreham Motorworks. Ia merupakan enjin NA 2.1 liter empat selinder. Beratnya hanya sekitar 85 kilogram (ya 85 kilogram tuan-tuan) dan mampu membuat putaran 10,000 rpm! Kuasanya maksimanya ialah sekitar 324 hp dan merupakan enjin paling ringan berbanding enjin lain yang sekelas dengannya.

Enjin ini akan dimasukkan ke ruang enjin Ford Escort Mk1 RS yang dihasilkan semula oleh Boreham. Ia menampilkan throttle body individu dan dipacu oleh tali sawat. Bahagian dalaman enjin ini seperti komponen billet, aci sesondol, rod dan sebagainya memang dihasilkan supaya cukup ringan. Ia menampilkan inspirasi port geometri dari Formula 1 dan suntikan elektronik paling moden.

Menurut Boreham Motorworks, mereka berjaya mengurangakan berat dengan penggunaan teknologi cetakan dinding 3D yang paling tipis. Ia menjadikan keseluruhan enjin ini lebih kompak dan ringan berbanding enjin biasa.

Enjin ini telah diuji di atas mesin dyno dan pelarasan. Ia melangkaui jangkaan asal dari sudut prestasi dan tahap putaran. Hebat boh. Beli satu pasang kat Alza vtec mesti best ni.

Google ads
Back to top button