
10 LAGENDA INI HANYA DITAWARKAN DALAM VERSI MANUAL – INI BARU KERETA ANAK JANTAN
Bila sebut pasal transmisi manual dan perkara pertama yang terlintas dalam kepala anda ialah lenguh kaki dalam kesesakan lalu lintas, macam mana nak balik raya ke Pengkalan Kubor atau lesen anda kelas DA. Lupakan sahaja impian untuk memiliki kereta-kereta ini dan teruskan menyimpan gambar untuk wallpaper telefon. Ia bukan untuk anda tapi untuk pemandu lelaki sejati macam kami warga emas Mekanika.
Inilah sepuluh pahlawan lagenda bebas auto.
- Bugatti EB110

EB110 ialah generasi baharu supercar yang diperkenalkan pada tahun 90an. Inilah supercar yang merintis jalan kemegahan kepada jenama Bugatti. Seblum tu memang sendu dik. Enjin V12 3.5 liter dengan empat pengecas turbo memang menjadikan supercar ini sangat laju. Paling penting semestinya kotak gear manual enam kelajuannya.
Selepas produksi EB110 dihentikan, Bugatti mula menumpukan perhatian untuk menghasilkan penggantinya, Veyron. Veyron merupakan hypercar pertama di dunia yang menggunakan transmisi tujuh kelajuan dengan klac berkembar.
- Dodge Viper

Sama seperti ular kapak, Viper ni pun silap-silap boleh membunuh pemandunya. Pada permulaan, Viper tidak mempunyai penyaman udara, beg udara, kawalan cengkaman apatah lagi ABS. Hanya ada badan yang berketul, enjin V10 8.0 liter dan dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan BorgWarner.
Generasi kedua Viper masih menggunakan transmisi manual tapi kotak gear BorgWarner telah ditukar kepada Tremec TR-600 yang membantu menaikkan lagi tork dan lebih tahan lama.
- Ford GT Generasi Pertama

Semasa kebangkitan supercar keluaran Amerika, kita dikejutkan dengan kemunculan semula model ikonik Ford, Ford GT. Ia bernadikan enjin supercharge V8 5.4 liter. Ia merupakan enjin Ford paling berkuasa ketika itu dan digandingkan dengan supercar dan dihasilkan dari aluminium aero angkasa yang cukuh kukuh dan ringan.
Transmisinya pula adalan versi enam kelajuan dan dihasilkan oleh Ricardo UK yang juga bertanggungjawab menghasilkan transmisi untuk jentera-jentera perlumbaan Porsche 991 GT3 Cup. Klacnya pula adalah keluaran AP Racing.
- Honda Civic Type R (EK9-FL5)

Ya bagi yang baru nak kenal kereta ataupun baru nak belajar convert kereta, kesemua Type R asal dari EK9 ke FL5, kesemua Type R adalah manual ya adik kakok. Jadi kalau adik kakok nak convert pun belilah yang manual. Barulah ekzos tu tak berbunyi macam kentut tak lawas masa nak memotong ataupun naik bukit.
Aa lagi satu masa mula diperkenalkan Type R menggunakan kotak gear manual lima kelajuan close ratio. Ia ditambah kepada enam kelajuan close ratio untuk EP3 Type R. sebaik FD2 diperkenalkan, ia dinaiktaraf dengan penggunaan sistem LSD helical.
Sebab tu kotak gear ori Type R ni mahal adik kakok weh. Ramai yang kacuk je biasanya kalau nak convert.

- Honda S2000
S2000 menampilkan enjin Honda yang paling unik. Ia dinamakan F20C dan dipasang dengan kedudukan menegak dan bukannya memanjang seperti format biasa enjin 4 selinder. Enjin ini kemudiannya dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan close ratio. Sambungan penukar gear diposisikan di atas kotak gear itu sendiri untuk memberikan ‘feel’ yang lebih semasa tukaran dilakukan dan ia sebenarnya sangat efektif.
- Lamborghini Diablo

Enjin V12 terakhir untuk sebuah Lamborghini boleh ditemui pada Lamborghini Diablo. Lamborghini mengekalkan penggunaan enjin V12 NA selama berdekad lamanya dengan pelbagai pembaharuan. Ia mula digunakan oleh 350 GT diikuti Miura P400 SV, Espada, Countach sebelum digunakan oleh Diablo.
Sesaran sentiasa bertambah begitu juga dengan kuasa dan prestasinya tapi V12 memang sinonim dengan Diablo. Varian terakhir ialah Diablo VT 6.0 SE di mana enjin NA tersebut dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan dogleg sama seperti varian Diablo lain.
- Lotus Elise

Ringan dan ringan. Itulah mantra ajaib Lotus sejak sekian lama sehinggalah terhasilnya Lotus Elise yang mengambil sempena nama cucu perempuan pengerusi Lotus ketika itu, Romano Artioli.
Sebagai sebuah Lotus, kotak gear auto yang lebih berat bukan satu keperluan sebab itulah dari awal Lotus Elise memang menggunakan transmisi manual lima kelajuan sebelum dinaiktaraf kepada enam kelajuan.
- McLaren F1

Dekad 90an menyaksikan kemunculan supercar paling hebat keluaran McLaren yang dinamakan F1. Berdekad lamanya ia kekal sebagai supercar NA paling laju di jalan raya dan menjadi inspirasi pengeluar lain. Enjin V12 ikoniknya dilindungi dengan pelindung yang dihasilkan daripada emas memang sangat menjolok mata. Tidak dilupakan kotak gear manual enam kelajuan yang membantu supercar ini memecut sehingga memecah rekod kelajuan 300kmj.
- Porsche 959
Pada satu peringkat Porsche pernah menjadi kereta produksi paling laju di dunia. Ia juga merupakan kereta produksi pertama menggunakan sistem pacuan semua roda. Dengan kata lain ia merupakan trend setter tapi tak ramai yang menyedarinya.

Ia mempunyai pelbagai ciri yang kemudiannya digunakan oleh model-model Porsche selepasnya. Enjin flat-six turbo berkembarnya digandingkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan yang dihasilkan dari magnesium. Menariknya pada tombol gearnya hanya tercatat lima gear sedangkan kereta ini sebenarnya mempunyai enam kelajuan. Ooo kuat main Porsche ni.
- Porsche Carrera GT
Inilah salah satu supercar paling ganas. Ganas sebab silap-silap memang boleh menamatkan nyawa pemandunya macam mendiang Paul Walker. Betul ke bahaya bang? Bayangkan macam mana nak mengawal kuasa enjin V10 yang menghantar kesemua kuasa ke roda belakang. Sebelah tangan nak buat tukaran gear manakala sebelah lagi mesti kekal pada roda stereng untuk memastikan muncuk kereta kekal ke arah yang diinginkan pemandu.

Selok weh. Korang yang kenal Axia auto je memang tak akan faham.

