Artikel Pilihan

YOUTUBER HANCURKAN LAMBORGHINI URUS – RAMAI YANG OTAK SENGET SEKARANG EH

Lamborghini bukan sekadar sebuah supercar tapi ia lebih kepada symbol status pemiliknya. Walaupun imejnya sudah sedikit tercalar dengan content-content bodoh dari founder-founder kosmetik timbang kilo tapi Lamborghini masih menjadi pilihan ramai hartawan di luar sana. Bagi yang tak mampu cukuplah sekadar menjadikannya wallpaper pada gajet masing-masing.

Lamborghini Urus adalah antara model Lambo yang terlaris di pasaran. Lebih 20,000 unit telah terjual di seluruh dunia dan kebanyakannya memang tidak pernah beraksi selain di jalan raya dan diletakkan di hadapan pusat membeli belah untuk santapan mata. Tapi jumlah Urus sudah berkurang satu unit bila Youtuber bernama Mikhail Litvin telah menjahanamkan sebuah Urus untuk tujuan pemasaran kononnya. Nak jual mekap pemutih ke? Taklah, rupanya nak jual minuman tenaga!

Litvin merupakan antara pempengaruh (teruk betul istilah ni) yang cuba mengikut jejak langkah Dietrich Matescitz dan Chaleo Yoovidhya (pengasas Red Bull). Nak kaya macam tokey Red Bull la ni. Ia dah jadi macam trend sekarang ni.

The Rock mempunyai jenama beliau sendiri – ZOA Energy, Joe Rogan dengan Kill Cliff dan rapper 50 Cent dengan Street King. Tunggulah nanti Mekanika buat minuman tenaga sendiri. Nama apa sesuai eh?

Okey, dalam video yang mula tular di internet, Youtuber ini dilihat bersedia untuk menjatuhkan sebuah tong gergasi berisi cecair yang berwarna merah yang konon menyamai minuman tenaga milik beliau ke atas sebuah Lamborghini Urus yang tidak bersalah. Memang jahanamlah Urus tu bila tong seberat 3 tan dijatuhkan keatasnya. Kenapalah tak dijatuhkan tong tu terus ke atas kepada Youtuber tu?

Tak ada apa yang menarik pada pandangan kami dengan aksi ini. Cubalah kreatif sikit kalau nak tarik perhatian pun. Top Gear pernah lakukan aksi yang lebih hebat tapi tak adalah yang mengarut macam ni.

Tapi ingat mamat ni pun pernah membakar sebuah Mercedes-AMG GT 63 S dua tahun lepas dan memandu Porsche Taycan S Turbo keluar dari bilik pameran dengan merempuh pintu kaca. Jadi dah boleh agaklah kan macam mana otaknya berhubung.

Kalau tujuan aksi ini dilakukan untuk menjual minuman jenama beliau rasanya banyak beliau kena belajar dari Red Bull dan Monster Energy. Kedua jenama tersebut memang sangat dikenali peminat automotif di seluruh dunia dengan kempen pemasaran mereka yang super kreatif.

Kalau tak nak buat aksi pelik-pelik pun tiru je langkah Monster Energy yang menaja ramai pelumba dan atlit di seluruh dunia dari sekecil-kecil acara seperti perlumbaan BMX sehinggalah ke perlumbaan Nascar dan e-sport. Barulah nampak cerdik.

Dengan aksi macam ni? Seratus tahun lagi pun tak boleh lawan aksi gymkhana Kent Block yang secara tak langsung memperkenalkan Monster Energy ke seluruh dunia.

Google ads
Back to top button