Artikel Pilihan

YOUTUBER MAHU HADIAHKAN 26 UNIT TESLA SEMPENA HARIJADI KE 26 – LUAR BIASA NI

Youtuber terkenal Jimmy Donaldson yang lebih dikenali dengan nama MrBeast dilahirkan pada 7 Mei 1998 dan kini berusia 26 tahun. Dia ni memang selalu buat video-video yang masuk akal macam menjatuhkan sebuah Lamborghini ke dalam mesin pengisar besi. Kini sampena harijadi beliau ke 26, beliau akan menghadiahkan 25 buah Tesla Model 3 dan sebuah Cybertruck kepada pengikut yang bertuah.

MrBeast telah mengumumkan perkara ini di Instagram beliau dan beberapa platform media sosial lain. Beliau turut memuatnaik video menunjukkan beliau sedang memegang kek harijadi di hadapan 26 unit Tesla yang menjadi hadiah tersebut.

Untuk memenangi salah satu daripada Tesla tersebut, peminat cuma perlu menulis komen pada video Instagram asal dan memetik dua nama sahabat anda. Itu sahaja dan MrBeast akan memilih pemenang bertuah secara rawak.

Sudah tentu ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi dan ianya bukan sukar sangat. Syarat yang pertama ialah anda mesti menetap di negara berikut: Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Chile, metropolitan Perancis, Jerman, India, Mexico, Korea Selatan dan United Kingdom. Aisey macam mana boleh tertinggal Malaysia ni.

Syarat yang kedua, mesti berusia 18 tahun ke atas. Warga Kanada dan Mexico pula mesti menjawab beberapa soalan yang menguji kemahiran mereka sebelum boleh menuntut hadiah mereka.

Peraduan ini sedang berlangsung dan akna berakhir pada jam 11.59 malam 10 Mei nanti dan pemenang akan diumumkan pada 14 Mei. Peraduan ini tidak ada kena mengena dengan Tesla dan para pemenang boleh memilih untuk menerima kereta-kereta Tesla tersebut ataupun menukarnya dengan wang tunai dengan nilai yang sama.

Korang nak abang Japar bagi hadiah Alza tak? Ha kena ajak lagi ramai saudara mara dan kawan-kawan jadi pengikut Mekanika biar cecah 10 juta. Ok go…

Google ads
"
"
Back to top button