1.7 JUTA KENDERAAN HONDA DALAM SIASATAN. ADA INSIDEN SISTEM BREK KECEMASAN
Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) membuka siasatan terhadap kira-kira 1.7 juta kenderaan Honda.
Ia berikutan terdapat aduan berhubung pengaktifan sistem brek pengurangan pelanggaran secara tidak sengaja.
Model yang terjejas merupakan Honda Accord (2018-2019) dan SUV Honda CR-V (2017-2019).
NHTSA menerima sebanyak 278 aduan melibatkan 171 untuk model Accord manakala selebihnya CR-V.
Sebanyak enam kes dilaporkan melibatkan pelanggaran sehingga menyebabkan kecederaan ringan.
Pemandu mendakwa sistem brek kecemasan automatik telah diaktifkan secara rawak dan kadang kala tanpa sebarang amaran walaupun ketika perjalanan kelajuan tinggi tanpa terdapat sebarang halangan.
Automotive News yang berkongsi salah satu aduan berkata situasi berkenaan sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan.
“Ketika memandu di kawasan pedalaman, isyarakat brek telah menyala di papan pemuka dan mengaktifkan brek.
“Apabila menyentuh pedal brek, kenderaan kembali kepada kelajuan asal.
“Tiada halangan malah tiada kenderaan di hadapan ketika kejadian berlaku,” katanya.
Pada November 2021, Honda telah melaksanakan penarikan semula model Accord, Insight, CR-V dan Ridgeline kerana terdapat kecacatan pada tempat duduk kanak-kanak. – carscoops
- BACA: HONDA EX5 EDISI TERHAD 2022. WARNA EMAS METALIK, 2,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM5,198
- BACA: HONDA CB400F 1978 CATAT REKOD LELONGAN. TERJUAL PADA HARGA RM90,412
- BACA: HONDA HRV ‘PARKIR’ LEBIH SETAHUN DI AIRPORT BALI. CAJ CECAH RM14,644
- BACA: MAMAT NI TUKAR HONDA ACCORD JADI MASERATI GRAN TURISMO. TAPI MACAM BURUK JE