Motosikal

HONDA CB400F 1978 CATAT REKOD LELONGAN. TERJUAL PADA HARGA RM90,412

Sebuah jentera Honda CB400F 1978 mencatat rekod lelongan apabila terjual pada harga AS$21,604 (RM90,412) di Silverstone Auction baru-baru ini.

Motosikal mendapat sentuhan warna kuning (Parakeet Yellow) dalam keadaan baik itu dikatakan memegang rekod dunia sebagai jentera CB400F 1978 terjual paling mahal dalam lelongan.

Istimewanya, jentera berkenaan adalah ia merupakan tahun terakhir produksi CB400F.

Paparan odometer Honda CB400F tersebut pula hanya mencatatkan perbatuan 1.6 km sahaja sekali gus membuktikan ia merupakan jentera baharu.

Honda CB400F dibangunkan berdasarkan kejayaan model CB350F.

Jentera berkenaan mendapat khidmat enjin 408ccs yang mampu menjana kuasa mencecah 37 hp dan tork 32.54 Nm pada  8,500 rpm.

Honda CB400F 1978 bukanlah satu-satunya motosikal yang dilelong pada Silverstone Auction.

Dalam lelongan tersebut, Brough Superior SS80 82 cc menjadi motosikal paling mahal dengan harga bidaan AS$83,717 (RM350,271). –rideapart

Google ads
Back to top button