Artikel Pilihan

KENAPA KUSYEN MAZDA DIREKA OLEH JURUTERA PEREMPUAN?

Walaupun rekaan kereta yang menawarn dan teknologi yang bagus adalah salah satu elemen penting dalam pembinaan kereta, tapi kita kena ingat bahawa kita menghabiskan masa yang sangat lama duduk di atas kusyen kereta. Kebanyakan masa badan kita akan dipegang oleh kusyen ini menjadikan rekaan kusyen amat penting bagi tujuan keselesaan pemanduan dan juga tidak meletihkan untuk tempoh masa lama

Bagi menghasilkan rekaan kusyen yang bagus terutama untuk pemandu, pasukan R&D Mazda memulakan proses kajian dengan satu proses dinamakan “Seat Feeling Evaluation”. Semua suara komentar dan pendapat pengguna Mazda dari seluruh dunia akan dicatatkan dan diperiksa oleh mereka. Tumpuan akan diberikan pada komen berkenaan kekerasan kusyen dan bagaimana rekaan kusyen ini menyebabkan mereka sakit belakang

Berdasarkan komen, mereka akan menguji kesahihan komen berkenaan dan cuba mengubah rekaan kusyen dari segi panjang dan membuat perubahan kecil pada kontur rekaan kusyen. Walaupun ia hanya beberapa milimeter sahaja, akan mengubah tekanan yang dikenakan pada badan pemandu. Pasukan rekaan kusyen ini akan merasai sendiri perubahan yang dibuat dengan menggunakan badan mereka bagi mengesahkan rekaan baru ini menjadi lebih baik.

1 atau 2 milimeter mungkin nampak tidak ketara, tapi pasukan R&D Mazda menegeaskan ia akan memberikan impak yang berbeza diterima oleh pemandu Mazda terutama dalam aspek Jinba-Ittai. Rekaan kusyen sebenarnya mesti seimbang antara 2 elemen utama iaitu:

1. ia mestilah dalam keadaan postur yang rehat dan tidak membebankan otot-oto pemandu untuk tempoh yang lama

2. rekaan kusyen mesti menyokong kestabilan tubuh pemandu bagi memudahkan mereka mengawal kenderaan dengan mudah

Kedua dua elemen ini ibarat satu ke kiri dan satu ke kanan serta tugas pasukan R&D Mazda ialah mengimbangkan kedua-dua elemen dalam satu rekaan kusyen. Sebagai contoh, apabila melalui selekoh kusyen mestilah menyokong tubuh pemandu agar tidak bergerak ke kiri atau kanan. Jadi bahagian kusyen yang memegang belakang badan mesti direka melengkung sedikit di bahagian kiri dan kanan

Terlebih melengkung nanti sakit badan, kurang melengkung nanti bila ambil selekoh posisi badan tak tetap. Ya ia merupakan satu seni untuk memastikan kuysen ini direka dengan seimbang, kemas tapi tak meletihkan pemandu. Kebanyakan tugas memastikan rekaan ini sempurna jatuh kepada jurutera perempuan dalam pasukan R& Mazda.

Semua jurutera perempuan ini tadi akan menguji kusyen rekaan baru melalui satu penilaian teknikal yang dinamakan Mazda’s Seat Feeling Evaluation bagi memastikan rekaan kusyen ini semua untuk semua jantina, saiz badan dan umur. Ini kerana perempuan lebih sensitif terhadap sebarang perubahan kecil pada rekaan kusyen berbanding lelaki

Pasukan R&D Mazda juga mendapati pemandu perempuan sebenarnya kurang yakin ketika memandu, menyebabkan mereka mengubah kududukan kusyen terlalu jauh ke depan dan terlalu menegak. Ia situasi yang normal termasuk di Malaysia. Kedudukan sebegini menyebabkan pemandu perempuan merasakan sisi kenderaan mereka menjadi terlalu besar, ruang mereka menjadi sempit dan situasi ini tidak terjadi pada pemandu lelaki

Jadi rekaan kusyen ini mestilah seseuai untuk pemandu wanita selain dari pemandu lelaki. Sekiranya rekaan ini gagal dalam Seat Feeling Evaluation, maka ia akan diubah lagi sehinggalah semua penguji kusyen Mazda berpuas hati dan menyebabkan mereka hendak memandu kereta Mazda berulang kali tanpa rasa jemu

Google ads
Back to top button