Buletin

10 JENTERA POLIS PADU DI DUNIA. KENA TAHAN TAK MALU. NAK BERGAMBAR LAGI

Pada kebiasaannya, apabila melihat jentera polis, kita mesti pandu kenderaan dengan berhati-hati malah memperlahankan kelajuan agar tidak ditahan pihak polis.

Begitupun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat jentera-jentera polis yang cool di dunia ini.

Anda mungkin tidak keberatan ditahan semata-mata ingin merakam gambar bersama jentera tersebut.

Jom, kita tengok antara jentera-jentera mengagumkan dan membuatkan kita pandang dua kali kenderaan tersebut.

Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio

Bukan sahaja Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio sedan memiliki empat pintu mendapat khidmat enjin turbocharge V6 3.0 liter dan menjana kuasa mencecah 500 hp tetapi menampilkan rekaan menarik.

Jentera ini digunakan Jabatan Polis Itali, Carabinieri, kerana ia pantas, dilengkapi tempat duduk belakang serta ruang bagasi cukup besar menyimpan peralatan.

Lexus IS-F

Pihak Polis Humberside, Britain teruk ‘diserang’ kerana menghabiskan banyak peruntukkan untuk pembelian jentera Lexus IS-F sebagai pengganti Subaru.

Selepas memasang semua peralatan pada jentera ini, kos dianggarkan bernilai sekitar AS$137,000 (RM 571,490) bagi satu unit.

Selepas menguji IS-F selama 12 bulan, Polis Humberside mengatakan bahawa ia merupakan pakej hebat dan salah satu kenderaan polis termaju di dunia.

Ford Ranger Raptor

Wales merupakan negara yang memiliki geografi agak mencabar merangkumi tasik dan pergunungan.

Justeru, ia amat bertepatan apabila pihak polis di negara terbabit menggunakan jentera Ford Ranger Raptor.

Lamborghini Gallardo

Siapa sangka Lamborghini Gallardo pernah menjadi jentera polis di Itali pada tahun 2009.

Begitupn, jentera ini digunakan untuk tugas khas dalam pemindahan organ dalaman apabila berlaku transplant kecemasan dan mendapatkan bekalan darah ke tempat kemalangan dengan pantas.

Jentera ini telah digantikan dengan model Huracan pada tahun 2017 apabila terlibat dalam kemalangan.

Kia Stinger

Polis Queensland Australia merupakan jabatan pertama yang memilih jentera tidak dibangunkan negara berkenaan.

Mereka memilih jentera Stinger dari pengeluar Korea Selatan. Kereta polis berkenaan mendapat khidmat enjin turbo berkembar V6 dengan kuasa 365 hp.

Harga berpatutan dengan penampilan elegan dan moden turut memainkan peranan dalam pemilihan Stinger.

Jeep Grand Cherokee

Carabinieri merupakan pasukan polis kebangsaan Itali dan cabang keempat Angkatan Bersenjata Itali.

Pasukan ini turut merangkumi unit anti-terorisme yang menggunakan Jeep Grand Cherokee.

Walaupun, ia tidaklah glamor berbanding jentera di pasukan ini tetapi dilengkapi perisai badan termasuk tayar, cermin sisi dan cermin hadapan kalis peluru.

Selain itu, Jeep Grand Cherokee ini telah dimodifikasi di bahagian suspensi untuk menampung berat berlebihan dan memastikan pengendalian lebih mantap.

Tesla Model X

Satu lagi Jabatan Polis Australia di Victoria menggunakan pendekatan berbeza dalam kenderaan polis mereka.

Jabatan Polis Victoria ingin menerapkan nilai mesra alam dengan menggunakan Tesla Model X.

Selain itu, kerjasama erat bersama Tesla dan penyedia peralatan serta kelengkapan jentera ini. Ia bagi memastikan perisian dan hardware dapat diintegrasi dalam sistem Tesla.

Porsche Carrera 911

Porsche Carrera 911 digunakan pihak polis Austria bukan untuk mengejar penjenayah.

Jentera dibekalkan Porsche ini lebih kepada khidmat masayarakat iaitu memiliki kereta berkuasa tinggi juga mampu menjadi pemandu berhemah di jalan raya.

Pengarah Keselamatan Awam Austria memberitahu negara ini mendapat Porsche untuk jabatan polis dan pengeluar kereta itu memperoleh publisiti. Ia merupakan situasi menang-menang.

Brabus B63-S 700 Widestar

 Jabatan Polis Dubai merupakan antara polis memiliki jentera-jentera berkuasa di dunia.

Mereka memiliki jentera polis terpantas, Bugatti Veyron tetapi Brabus B63-S 700 Widestar digunakan dalam program keselamatan ‘Tune It! Safe!’.

Konsep program ini bermula di Jerman dengan mendekati budaya tuning dan meraih penghormatan apabila muncul dalam acara-acara pemotoran.

Difahamkan, idea menjadikan Brabus B63-S 700 Widestar sebagai kenderaan polis untuk menggalakkan orang ramai melakukan modifikasi secara sah.

Italian Polizia Ferrari 250 GTE

Dubai tidak memiliki jentera polis paling gempak di dunia, mereka hanya ada kereta terpantas.

Jentera paling mengujakan dimiliki Polis Itali iaitu Ferrari 250 GTE. Menurut sejarah, pihak polis Itali memerlukan jentera yang pantas untuk menangkap jenayah pada tahun 1960-an.

Ia berikutan mereka menggunakan Alfa Romeo 1900 dan 2600 yang kurang berkesan apabila mengejar penjenayah.

Difahamkan, seorang pegawai polis Armando Spatafora telah meminta pihak atasan jentera yang pantas. Apabila ditanya kenderaan apa yang diperlukan, dia memberitahu Ferrari 250 GTE 2+2 Series II. – agensi

Google ads
Back to top button