Motosikal

E-SKUTER BLIZWHEEL PALING KECIL DI DUNIA. BOLEH SUMBAT DALAM BEG GALAS

Syarikat Blizwheel berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS) membangunkan skuter elektrik (e-skuter) didakwa terkecil di dunia yang mampu merubah landskap industri roda dua terbabit.

Produk berkenaan menampilkan rekaan kompak dengan berat 70 peratus lebih ringan berbanding e-skuter standard.

Bahkan, inovasi terbaharu itu berupaya dilipat untuk disimpan di dalam beg galas mahupun laci apabila berada di pejabat.

Skuter terbaharu itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu versi standard, Air Special One dan Pro.

Bagi varian standard ia dijual pada harga AS$300 (RM1,247), Air Special memiliki tag harga AS$479 (RM 1,992) manakala Pro pula AS$499 (RM 2,075)

Skuter versi standard didatangkan pada berat 3.9 kg manakala Air Special pula 3.5 kg serta Pro merupakan paling berat dengan 5.4 kg.

Ia mampu menampung berat maksimum mencecah 80 kg kecuali versi Pro yang boleh mencecah sehingga 90 kg.

Jarak perjalanan dianggarkan kira-kira 13 sehingga 24 km bergantung kepada pilihan varian para pelanggan.

Skuter berkenaan dilengkapi aplikasi yang mampu mengunci motor, paparan papan pemuka LED memaparkan informasi seperti kelajuan, jangka hayat bateri serta perbatuan. – autoevolution

Google ads
Back to top button