Motosikal

SCRAMBLER ICON DARK. 73HP, LAMPU LED. BERMULA RM49.9K

Kepada peminat Scrambler sekalian, ada berita baik untuk anda. Ini Next Bike telahpun melancarkan varian terbaharu Scrambler serba gelap yang dikenali sebagai Icon Dark.

Terdapat banyak ciri baharu yang ditawarkan. Antaranya ialah lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang DRL, meter kluster berbentuk bulat dengan latar belakang putih, kemasan warna Matt Black, panel aluminium tangki bahan api yang boleh dikustom dan pelana yang lebih rata untuk keselesaan tunggangan.

Scrambler Icon Dark digerakkan oleh enjin L-Twin bersesaran 803cc. Mampu menjana kuasa mencecah 73hp dan dan tork 67Nm, enjin itu dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Bagi menyokong rangka Trellis, Scrambler Icon Dark menggunakan suspensi jenis upside down Kayaba 41 mm pada roda hadapan dan penyerap hentak Kayaba di belakang.

Tinggi tempat duduk pula adalah sekitar 798 mm. Tinggi? Jangan risau kerana opsyen tempat duduk lebih rendah (778mm) ada disediakan.

Rim 10 jejari bersaiz 18 inci hadapan dan 17 inci belakang itu dibalut tayar Pirelli MT.

Tugas menghentikan jentera yang cantik ini  diserahkan kepada sistem brek angkup empat piston dengan cakera 330mm hadapan dan angkup terapung omboh tunggal dengan cakera 245mm di belakang.

Sistem keselamatan pula terdiri daripada Bosch Cornering ABS sebagai ciri standard.

Ciri baharu lain adalah Ducati Multimedia System (DMS) yang membenarkan penunggang untuk menambat sistem kepada peranti pintar, earpiece helmet, selain unit pada pembonceng yang menggunakan sambungan Bluetooth.

Harga jualan Ducati Scrambler Icon Dark bermula RM49,900 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button