Buletin

POLIS PUN LUMBA DRAG. JAHANAM 2 JENTERA PERONDA

Dua jentera polis Ford Interceptor di Washington DC, Amerika Syarikat total loss apabila terlibat dalam kemalangan apabila berlumba drag sesame sendiri.

Difahamkan, anggota polis terlibat  saling berlumba di Anacostia Avenue berhampiran Kenilworth Park & Aquatic Garden, dengan kelajuan hingga mencecah 96km/j.

Rakaman video viral di media sosial memaparkan dua buah jentera peronda bertembung antara satu sama lain.

Bahkan, salah satu sebuah daripada kenderaan tersebut merempuh pagar kayu sebuah rumah berhampiran tempat kejadian.

Media tempatan Fox DC 5, dimaklumkan kedua jentera terbabit rosak teruk.

“Dua buah jentera peronda 6D terlibat dalam kemalangan dan mengalami kerosakan kerana pegawai bertugas membuat keputusan untuk tidak memerangi jenayah dan melakukan rondaan.

“Mereka saling berlumba di Anacostia Avenue pada pukul 5 petang,” kata Komander 6D, Durriiah Habeebullah.

Habeebullah menegaskan, kesemua pegawai yang terlibat kini ditahan bagi mengadakan perbincangan dan memberi amran tentang bahaya memandu secara melulu dan terburu-buru. – carscoops

Google ads
Back to top button