Artikel PilihanBuletin

SEBAHAGIAN PEKERJA MAHU FORD BERHENTI KELUARKAN KENDERAAN POLIS

Rasanya semua orang pun tahu yang kebanyakan kereta polis yang digunakan di Amerika Syarikat adalah keluaran Ford. Malah Ford sudah membekalkan kereta-kereta polis selama hampir 70 tahun. Ianya adalah tradisi yang mereka mulakan sejak tahun 1950.

Kini sebagagian pekerja Ford mahu pihak syarikat memberhentikan pengeluaran kereta polis tetapi langkah tersebut tidak disokong oleh CEO Ford, Jim Hacket. Beliau malah mengatakan yang Ford akan kekal dengan komitmen mereka sejak sekian lama.

Bantahan para pekerja itu disuarakan dengan sepucuk surat kepada CEO menyatakan sokongan mereka terhadap protes seluruh negara terhadap penyalahgunaan kuasa polis dan kematian George Floyd pada 25 Mei akibat tindakan Jabatan Polis Minneapolis.

Dalam surat berkenaan pihak pekerja turut menyatakan yang kenderaan buatan mereka Ford Explorer Police Interceptor telah digunakan untuk menyerbu kawasan perhimpunan ramai dan para pegawai polis telah dirakam menyembur “senjata kimia” (padahal serbuk lada je pun) terhadap orang awam.

Selepas membaca surat itu, CEO Ford mengeluarkan kenyataan dalaman yang menyatakan pihak syarikat tiada masala dengan kempen Black Lives Matter tapi bagaimanapun produksi kenderaan polis masih perlu diteruskan.

Pihak syarikat juga akan sentiasa memastikan amalan dan perlakuan di dalam kawasan milik mereka adalah bebas dari isu perkauman dan seumpama dengannya tetapi pada masa yang sama juga mereka juga percaya dengan kepentingan pihak penguatkuasa dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dunia tidak akan menjadi seperti hari ini tanpa sokongan dan keberanian para pegawai polis yang sentiasa bersemangat untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Memang benar Ford Police Interceptor digunakan oleh pihak polis dalam urusan mereka tetapi isu yang melibatkan kredibiliti pihak polis tidak berkait langsung dengan kenderaan yang mereka pandu, tambah Hackett lagi.

Malah Ford sendiri sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi sistem atas talian setiap kereta polis keluaran mereka untuk menjadi lebih canggih dan pintar. Ia akan merakam dan menghantar data untuk sokongan selain menjamin keselamatan pihak polis yang menjadikan mereka lebih dipercayai.

Logiknya mudah sahaja, anda seorang pembuat pisau dengan 50 tahun pengalaman dan satu hari pisau keluaran anda telah menyebabkan kecederaan kepada seseorang. Habis tu, takkan nak berhenti terus buat pisau kot?

Google ads
Back to top button