" "
Buletin

19 MINIT JE CADILLAC LYRIQ HABIS DITEMPAH. SIAPA KATA EV TIADA PERMINTAAN

Jentera elektrik Cadillac Lyriq 2023 hanya memerlukan masa selama 19 minit sahaja sebelum ia habis ditempah para pelanggan.

Menurut Cadillac, kesemua model Lyriq Debut Edition habis ditempah selepas membuka tempahan.  

Cadillac terbaharu itu yang menampilkan rekaan premium dijual pada harga asas bermula AS$60,000 (RM251,430).

Kenderaan elektrik (EV) berkenaan dilengkapi bateri 100 kWh yang mampu menjana kuasa mencecah 340 hp malah dikatakan memiliki jarak perjalanan lebih 483 km.

Selain itu, Lyriq turut didatangkan teknologi bantuan pemanduan General Motor dan Super Cruise.

GM memaklumkan walaupun tempahan secara online sudah habis ditempah tetapi merancang untuk menambah pada rangkaian pengedar dalam masa terdekat. – elektrek

Google ads
Back to top button