WANITA SEPARUH BOGEL CURI CADILLAC, MAIN ‘KEJAR-KEJAR’ DENGAN POLIS
Seorang wanita separuh bogel ditahan polis selepas melarikan diri dengan sebuah kereta sedan Cadillac.
Rachel Lynn Stefancich, yang berusia 24 tahun dari Plant City, Florida yang didakwa mencuri kenderaan terbabit mula memecut laju mencecah 110 km/j berdekatan lebuh raya 75 selepas menyedari dikejar pihak polis.
Menurut laporan Dail Mail, pihak polis berjaya menghentikan kenderaan tersebut selepas melanggarnya.
Ketika ditahan, polis turut menemui dadah jenis methamphetamine.
Suspek turut didakwa atas kesalahan mencuri kenderaan, memandu dengan cuai, melarikan diri dan berkhayal ketika lesen memandunya digantung.
Menurut laporan The Tampa Bays, wanita itu kini ditahan di penjara.
Bagaimanapun, status terbaharunya masih menjadi tanda tanya. – agensi