Artikel Pilihan

LIGHT COMBAT AIRCRAFT ( LCA ) TUDM : KEPERLUAN VS GEOPOLITIK/STRATEGIK ?

Akhirnya Malaysia membuka tender perolehan Light Combat Aircraft (LCA) untuk TUDM sebanyak 18 unit fasa pertama, dari keperluan 36 unit yang digariskan pelan CAP 55 TUDM.

Pelbagai platform media dan page pertahanan telah memberikan pandangan dan kupasan bagi setiap aset yang ditawarkan dari pelbagai negara. Ramai yang terlepas pandang semata-mata atas pemilihan teknikal dan keupayaan aset.

Selaku negara kecil, dan ditakdirkan mempunyai geografi yang strategik beratus tahun, pemilihan aset ATM merupakan salah satu alat diplomasi bagi memberikan pelbagai manfaat serta pulangan pada negara dari sudut lain. Malah dengan bajet yang terhad tetapi mempunyai keluasan maritim serta persempadanan dengan banyak negara di asean, pemilihan aset ATM seringkali berdepan dengan keputusan akhir yang melibatkan pelbagai isu strategik.

LCA, SEJARAH DAN PERANANNYA

Sejarah perkembangan TUDM bermula apabila menerima skuadron pesawat penyerang ringan pertama CL41G “Tebuan” dan F-86 Sabre pada 1969 dan ditempatkan di Butterworth. F-86 sabre yang dibina CAC Australia secara berlesen merupakan satu transisi TUDM untu mengoperasikan skuadron pesawat pejuang. Ianya digunakan intensif untuk operasi “Counter Insurgency” menentang PKM.

F-86 Sabre

F-5E/F merupakan pesawat pemintas yang pertama diperolehi TUDM dari US berperanan sebagai pesawat pemintas. Profilnya sebagai pesawat pejuang kelas ringan sesuai dengan kemampuan operasi dan bajet ATM. Malah, 2 unit F-5F yang dilengkapi dengan kamera peninjauan taktikal dianggap berada pada kelas nya dan beroperasi hingga ke awal 2000.

F-5E/F beroperasi dengan cemerlang dan TUDM sangat berpuashati, malah pada 80an, TUDM hampir memperolehi 1 skuadron F5E/F lagi dibawah program FMS, dan Pengkalan Udara Gong Kedak telah dinaiktaraf bagi menerima skuadron ini, tetapi kekangan bajet menyebabkan pelan ini tidak dapat diteruskan.

Jika tidak TUDM akan mengoperasikan hampir 40 unit F5E/F dan juga berminat untuk memperolehi F-20 Tigershark, versi tingkat upaya yang sekelas dengan F-16 ketika itu. Pembelian tidak diteruskan kerana F20 kalah dengan F-16 yang diberi keutamaan oleh US untuk dibagunkan dan dieksport.

A-4PTM SkyHawk

A-4PTM Skyhawk diperolehi memasuki orbat TUDM pada 1986 dengan pembelian yang agak besar iaitu 36 A4C single seat dan 8 unit dual seater. Perolehan dibawah program PERISTA ( Program Teristimewa Angkatan Tentera ) ini dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi ancaman dari Vietnam, yang ketika itu dilihat agresif mengembangkan kuasa dan ideologi komunis mereka, Teori DOMINO yang dianggap mampu menumbangkan negara-negara indochina seperti Laos, Kemboja , Thailand seterusnya Malaysia yang rata2 mempunyai pemberontak separatis komunis.

Dekad 1990an, tamatnya penentangan Parti Komunis Malaya (PKM), memberi ruang untuk mentransformasikan ATM ke arah pemodenan. Perolehan Hawk 108 dan 208 sebanyak 28 unit, Mig29N 18 unit dan F-18D Hornet 8 unit. Komposisi dan peranan setiap jenis jelas menunjukkan akan platform LIFT( Lead In Fighter ), Light Combat Aircraft, Interceptor dan All Weather Interdiction Strike.

Hawk 108 – 10 unit dual seater , berperanan sebagai LIFT , platform melatih juruterbang sebelum ke pesawat pejuang yang lebih besar dan canggih. Hawk 208 – 18 unit, berperanan sebagai Light Combat Aircraft untuk pemintasan, dan mempunyai kapasiti serangan darat. Saiznya yang kecil menyebabkan ianya murah dan mudah dioperasikan secara intensif.

Mig 29 Interceptor

MiG29N – 18 unit, berperanan Interceptor, perolehan pesawat dari Russia, legasi teknologi Soviet Union yang runtuh pada 1990, menyebabkan Russia terbuka untuk memasarkan aset tempur mereka. Telah diletakkan status simpanan aktif bermula 2015 atas kos selenggaraan yang tinggi.

F/A-18D – 8 unit, antara perolehan berbaloi dalam sejarah TUDM, berperanan sebagai All Weather Interdiction Strike, serangan maritim dan serangat darat malah mampu berperanan sebagai pesawat pemintas. Perintis akan keperluan Multirole Combat Aircraft yang direalisasikan pada 2003 dengan perolehan 18 unit Su-30MKM.

KEPERLUAN DAN DOKTRIN TUDM

Dengan usia pesawat Aermacchi, Hawk dan Mig 29N yang menjejak 30 tahun, dan tempo operasi tinggi oleh TUDM, maka penggantian LCA dan LIFT ini memang satu kewajiban. Dengan jangkaan dioperasikan sehingga 10 tahun lagi, ianya selari dengan penerimaan pesawat LCA/LIFT ini jika dimeterai dalam masa terdekat.

F-18 Hornet

Kepelbagaian jenis pesawat dari pelbagai negara menimbulkan masalah operasi di mana TUDM terpaksa menguruskan pelbagai sumber logistik, latihan ground crew serta pembangunan juruterbang yang pelbagai. Walaupun ianya dilihat mempunyai kelebihan dari segi pendedahan dan kemampuan operasi, ianya membataskan perkembangan, penggunaan sumber, serta fokus pembangunan.

TUDM telah menggariskan pelan CAP 55 di mana pada masa akan datang, dengan Hi-LO combination, hanya 2 jenis pesawat pejuang akan dioperasikan, iaitu 2 skuadron jenis kelas MRCA (multi role combat aircraft) seperti Su-30MKM dan 3 skuadron kelas ringan seperti Hawk dan Mig29N, yang akan digantikan dengan 1 jenis pesawat sahaja.

Ini boleh dilihat dengan praktis Hi-LO seperti Singapura, F-15 dan F-16, Russia ( Varian Su27/30/35 dan Mig 29), US ( F-15 dan F-16 ). LCA harus dilihat bukan sekadar jenis pesawat serta kemampuan teknikalnya, perkara yang paling penting adalah ianya harus dilihat sebagai “platform” pertahanan dan harus menyelesaikan masalah TUDM berpuluh tahun iaitu “commonality”.

1 jenis pesawat yang mampu menggantikan Hawk 108, Hawk 208 dan ini memberikan impak besar dari segi kos operasi, latihan crew, pembangunan fasiliti, logistik, dan latihan juruterbang, dengan hanya 1 platform. Ini akan meningkatkan tempo kecekapan operasi TUDM serta memaksimakan kemampuan pesawat.

LCA harus mampu berperanan sebagai bukan sekadar LIFT, ianya juga mampu menjadi platform Combat Air Patrol (CAP), Combat Air Support (CAS), interception, Maritime Strike , Ground Strike , Suppression on Enemy Air Defence ( SEAD) dan Destruction of Enemy Air Defence (DEAD). Malah untuk beroperasi tanpa pulang ke pengkalan, kemampuan untuk Air To Air Refuelling seperti Hawk menjadi satu keperluan apatah lagi Malaysia yang mempunyai zon maritim yang luas.

Ketika era perang dingin (Cold War), setiap peranan yang dinyatakan rata-rata digalas oleh 1 jenis pesawat sahaja. Mig 29N, walaupun legasinya sebagai ayam sabung pemintas TUDM, tidak mempunyai keupayaan serangan darat dan maritim. F-4 Phantom , mempunyai designasi sebagai fighter-bomber, berfungsi dimana hanya berperanan menangani ancaman pesawat musuh dan menyerang sasaran darat.

F-16 pula rata2 tidak mempunyai keupayaan serangan maritim dan khusus hanya untuk pemintasan/serangan darat, kecuali F-16 Taiwan. Dengan ancaman pelbagai simetri, kos penghasilan serta operasi pesawat yang makin meningkat, adalah penting untuk memastikan pesawat pejuang tidak lagi dibina khusus terhad 1-2 peranan sahaja. Apatah lagi Malaysia yang mempunyai bajet kewangan yang terhad, “streamline” dan “commonality” aset adalah jawapan utama untuk masa depan TUDM

SU 30 MKM

CALON LCA TUDM

Perancangan pemerolehan pesawat LCA yang bermula semasa pentadbiran sebelum PRU 2018, itu pada awalnya telah dianggap terkubur apabila pentadbiran beliau tumbang dan digantikan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir era PH. Kemunculan pandemik COVID19 seterusnya menyaksikan perubahan ke PN, tumpuan kerajaan beralih kepada pengurusan pandemik dan memperlihatkan hampir semua projek pemerolehan ATM terhenti.

Berita mengenai perolehan 18 unit LCA fasa pertama ini memenuhi perancangan Tier 3 pesawat TUDM seperti CAP 55, sesuatu yang tidak disangkakan. Ini menunjukkan ATM komited dengan pembangunan mereka walaupun negara menghadapi ketidakstabilan politik

Sembilan buah syarikat antarabangsa menyertai kontrak pemerolehan ini. Syarikat-syarikat tersebut adalah:

1. Pakistani Aerospace Company (Pakistan) – JF-17*

2. Hindustani Aeronautics India (India) – Tejas*

3. China National AeroTechnology (China) – Hongdu L-15*

4. Irkut Corporation (Rusia) – YAK-130*

5. United Aircraft Corporation – Mig-35*

6. Aero Vodochy (Republik Czech) – L39NH*

7. Boeing (Amerika Syarikat) – T7A Red Hawk*

8. Leonardo (Itali) – M-346*

9. Korean Aerospace Industry (Korea Selatan) – T-50/FA-50

Sedia maklum, perolehan aset ATM kebiasaannya diputuskan secara kolektif, bukan semata-mata dari keperluan yang digariskan ATM, tetapi melibatkan kesan pada hubungan bilateral, impak ekonomi, timbal balas teknologi atau komoditi, dan hubungan strategik pada negara. Jadi setiap calon mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing

Tejas – India, pesawat baru, berkeupayaan tetapi masih diuji dan terpalit dengan pelbagai rekod buruk pembangunan projek pertahanan India

Apa yang menarik, Pakistan dan India, turut menawarkan pesawat pertama keluaran negara masing2. Pakistan menghasilkan JF-17 dengan kerjasama pembangunan teknologi dari China, menggantikan 4-5 jenis pesawat lama mereka hanya pada 1 platform, 132 unit telah dihasilkan dari sasaran 300 unit. Dengan kos penghasilan yang rendah, JF17 merupakan “workhorse” Pakistan yang akan melengkapi pesawat F-16 mereka yang lebih berkeupayaan. Tetapi JF17 tidak mempunyai keupayaan seperti FLIT setakat ini,hanya conversion trainer.

India pula menghasilkan Tejas, pesawat enjin tunggal menggunakan konfigurasi delta wing, untuk menggantikan fleet Mig-21 Bison mereka yang telah dimamah usia. Enjin yang digunakan adalah F404 GE dimna enjin ini telah terbukti lasak dan banyak digunakan oleh pesawat moden yang lain seperti F/A18 Hornet yang juga digunakan TUDM, malah calon LCA T50/FA50 dari Korea juga menggunakan enjin yang sama.

Tejas mula dihasilkan untuk memenuhi permintaan Tentera Udara dan Laut India, serta pernah datang pada LIMA di Langkawi beberapa tahun lepas. Cuma, kekurangan dari dua negara ini adalah mereka merupakan negara yang masih baru dalam penghasilan pesawat, masih dalam tempoh pembangunan pasca operasi, dan kebergantungan banyak alat ganti dari negara asal seperti US, Russia, dan China.

L39NG

Komponen utama pesawat seperti enjin, radar, instrument, sensor dan persenjataan kebanyakan masih menggunakan teknologi dari negara kuasa besar. Ini dibimbangkan Malaysia selaku negara berkecuali apabila mempertahankan dasar, polisi negara akan memberi kesan pada operasi pesawat jika mempunyai isu dengan negara pengeluar asal.

Indonesia, mengalami masalah tidak dapat menerbangkan pesawat mereka pada awal 2000an atas isu hak asasi manusia. Apatah lagi, pertembungan dan pertindihan tuntutan Malaysia dengan China di Laut China Selatan turut berpotensi memberi impak pada operasi pesawat jika menggunakan pesawat yang mempunyai komponen dari negara terbabit.

Kerana itu, India telah menyatakan secara terbuka yang mereka sanggup menerima minyak sawit Malaysia sebahagian dari timbal balas pembelian Tejas, untuk mengimbangi kekurangan ini. Malaysia sememangnya meletakkan sarat timbal balas dalam pembelian contohnya penyertaan angkasawan Malaysia ketika perolehan Su30MKM dan penerimaan minyak sawit oleh Russia ketika perolehan Mig 29N.

T50/FA50 dari Korea, antara calon yang dilihat selari dengan keperluan TUDM. Korea setuju ke dengan timbal balas malaysia ?

Calon LCA dari Korea, T50 dan FA50 dilihat oleh pelbagai penganalisis pertahanan calon pilihan TUDM. Kedua varians mampu memenuhi keperluan LIFT dan LCA TUDM, malah enjinnya juga menggunakan F404 sama seperti TUDM F18 Hornet. Instrument , persenjataan juga hampir sama dengan F18 dan dilengkapi dengan targeting pod sedia ada dalam inventori.

Pesawat ini telah dipesan oleh Filipina, Thailand, Iraq, dan Indonesia. Ia memenuhi keperluan latihan LIFT untuk pesawat-pesawat generasi 4+ dan 5. Tetapi dari segi timbal balas, adakah Korea mampu menerima tawaran Malaysia untuk memeterai pembelian seperti menerima minyak sawit, dan lain-lain yang memberi manfaat pada ekonomi dan hubungan strategik Malaysia di peringkat antarabangsa.

Walaupun T-50 banyak menggunakan komponen dari US, ia dilihat lebih berkeupayaan dari segi jaminan rangkaian logistik, pembekalan berbanding Tejas dan JF17. T-50 dibangunkan untuk menyediakan juruterbang bagi fleet KF-16, F-15K serta KFX ( next generation aircraft) Korea Selatan.

Yak 130  LCA-FLIT memang fit in terms asasnya, jika Rusia setuju timbal balas, ada peluang ke ? TUDM favor ke ?

Yak-130 dari Russia, M-346 dari Itali, dilihat dalam kelas yang sama, dibangunkan untuk LIFT bagi angkatan udara negara masing2, dan keduanya mempunyai DNA yang sama kerana dibangunkan bersama pada peringkat awal.

Kedua-duanya mempunyai kemampuan sebagai pesawat tempur ringan sepertimana klasifikasi LCA TUDM. Tetapi, adakah kedua-dua pesawat ini sesuai dengan program latihan bagi pesawat sedia ada TUDM dan pesawat masa depan yang dirancang ? Bagaimana pula kedua negara dalam menerima tawaran timbal balas Malaysia?

Kedua-dua negara dilihat tidak mencampuri sebarang dasar luar dan dalam negeri Malaysia tetapi infra, fasiliti dan krew TUDM , persenjataan perlu disesuaikan selari dengan pesawat sedia ada dan pesawat masa depan TUDM.

Hongdu L-15

China National AeroTechnology (China) – Hongdu L-15 adalah calon dari China, pesawat LIFT moden ini dilihat secara teknikal amat baik, tetapi dengan bilangannya yang masih sedikit dan masih dalam proses pembangunan, ditambah pula Malaysia tidak pernah menggunakan aset udara dari China. Rangkaian logistik pasti akan banyak perlu diubah , dan pertembungan Malaysia dan China di LCS pastinya menjadikan calon sukar mendapat kelebihan untuk terpilih.

Calon LCA seterusnya, Aero Vodochy (Republik Czech) – L39NH dan Boeing (Amerika Syarikat) – T7A Red Hawk , berada dalam kelas tersendiri. T7A dibangunkan bersama oleh Boeing dan SAAB dari Sweden untuk memenuhi LIFT USAF. Tetapi, adakah T7A ini boleh dikonfigurasikan sebagai LCA masih menjadi tanda tanya, pesawat ini masih dalam proses pembangunan dan ujian. Sama seperti L39NH dari Republik Czech , walaupun legasi pesawat L29 itu bagus dan banyak digunakan sbagai trainer, rangkaian logistik yang perlu dibina semula.

T7A Redhawk

Dan calon terakhir pastinya menggamit memori, Mig 35 dari Russia, ditawarkan sebagai LCA. Mig35 dibangunkan dari platform Mig 29 dan mempunyai banyak perubahan, malah mempunyai keupayaan sebagai Medium-MRCA, jauh dari designasi asal iaitu . TUDM telah berpengalaman mengoperasikan MiG29 pasti tidak bermasalah dengan varians baru ini.

Mig35 adalah pesawat yang paling kedepan dari segi kemampuan sebagai LCA, ia mampu untuk melakukan tugas pemintasan, CAS, CAP, maritime strike, dan interdicton strike, dan menggunakan persenjataan ordnans yang sama dengan feet SU-30MKM kita. Ini banyak memberi kelebihan dari segi operasi dan kemampuan, malah Russia telah banyak menambah baik proses bekalan logistik tidak seperti dekad 90an.

Mig 35

Mig 35 bukanlah Mig 29 dan ianya diklasifikasikan sebagai pesawat yag baru dari segala segi. Malah Russia dilihat lebih terbuka untuk menerima timbal balas dalam pembelian. Tetapi apa yang mejadi persoalan, Mig 35 adalah jauh sekali kelasnya dari keperluan tender iaitu FLIT, dan ia memerlukan conversion trainer yang lain bagi melayakkan pilot mengendalikan Mig 35.

Dikelaskan sebagai pesawat generasi 4++ dan medium MRCA, LCA-FLIT kelas yang sepatutnya digantikan degan kelas sama Hawk dan Aermacchi. Pastinya kos operasi juga melebihi bajet fleet LCA-FLIT yang diperuntukkan, umpama kita memerlukan Bezza tetapi ditawarkan Honda City.

LCA DAN REALITI

JF-17

Kesimpulannya, fokus kepada pemilihan kelas yang sama iaitu 1 platform LCA-FLIT, iaitu penggantian kelas Hawk yang setepatnya, faktor lain iaitu timbal balas, rangkaian logistik dengan, rekod berurusan dengan negara asal, keperluan masa depan CAP 55 TUDM, hubungan strategik dan geopolitik, di timbang tara secara kolektif.

TUDM mungkin tidak dapat menang semua keperluan idealnya, tetapi asalkan tidak kalah semua. Kita sangat memerlukan 36 pesawat LCA-FLIT ini dan dengan ketiadaan bajet yang mencukupi, ditambah dengan aset udara TUDM yang dimamah usia dengan tempo jam penerbangan yang tinggi, adalah penting untuk Malaysia meneruskan pembelian pesawat FLIT-LCA ini dengan memastikan pelan dan doktrin TUDM , mengikut perancangan strategik dan seimbang, tidak terlampau dibelakangi oleh faktor2 lain yang kita sedia maklum.

Selamat Hari Malaysia.

Penulis asal: Muhammad Faiq Bin Shaf’ii 18.09.2021 1230pm

Google ads
Back to top button