LAMBORGHINI URUS PHEV BAKAL BERADA DI PASARAN TAHUN DEPAN, JANA KUASA 800HP
Lamborghini mengesahkan bahawa Lamborghini Urus versi hibrid plug-in bakal dilancarkan serta memasuki pasaran tahun depan.
Menurut laporan, prototaip Lamborghini Urus kini sedang menjalani ujian dan lebih mengujakan, Urus PHEV bukan sahaja akan menggunakan rangkaian kuasa baharu.
Menerusi gambar intip disiarkan oleh CarScoops, Urus PHEV tampil dengan reka bentuk unik tersendiri termasuk dipadankan bersama lampu depan LED yang lebih tipis berbanding Urus versi standard.
Walaupun tidak jelas sama ada lampu utama prototaip ini akan digunakan pada model pengeluaran, ia nampaknya tidak mempunyai DRL LED seperti model Urus sedia ada.
Selain itu, model ini berkemungkinan akan memuatkan beberapa komponen bahagian belakang untuk memberikan perbezaan model Urus S serta Urus Performante semasa.
Elemen terpenting Urus PHEV ialah rangkaian kuasa walaupun Lamborghini belum mengesahkannya.
Urus versi hibrid plug-in dijangka menerima enjin V8 pengecas berkembar 4.0 liter serta motor elektrik yang berupaya menghamburkan kuasa sehingga 800hp.
Untuk rekod, Lamborghini sepatutnya mendedahkan Urus PHEV kepada dunia sebelum akhir tahun ini dan adalah selamat mengandaikan bahawa ia diberi tanda harga jauh lebih mahal berbanding varian sedia ada.
GALERI:
- BACA: LAMBORGHINI URUS PERFOMANTE ‘ESSENZA SCV12’ LIMITED EDITION – TERHAD 40 UNIT, 657HP, HARGA RM11.3 JUTA
- BACA: DITEMUI KEMBALI SELEPAS 20 TAHUN – LAMBORGHINI COUNTACH INI MEMPUNYAI SEJARAH YANG MENARIK
- BACA: LAMBORGHINI REVUELTO – PENGGANTI AVENTADOR DENGAN 1001 KUASA KUDA
- BACA: LAMBORGHINI PERKENAL TRANSMISI BARU DALAM SUPERCAR LB744, DCT 8 KELAJUAN