
LAMBORGHINI URUS PERFOMANTE ‘ESSENZA SCV12’ LIMITED EDITION – TERHAD 40 UNIT, 657HP, HARGA RM11.3 JUTA
Lamborghini baru-baru ini melancarkan Urus Performante “Essenza SCV12” Limited Edition dan hanya dihasilkan untuk 40 pemilik Essenza SC-V12 2020 sahaja.
Urus Performante edisi terhad akan menerima pengubahsuaian estetik oleh Ad Personam selain boleh direka mengikut kesesuaian serta citarasa pemilik.

Dari segi penampilan, model baharu ini mendapat banyak trim gentian karbon di bahagian luar dan dalaman terutamanya pada bonet, bumbung, cermin termasuk skema warna dua-tona.
Didatangkan standard ialah rim hitam berkilat 23-inci dan kaliper brek berwarna hitam.
Di dalam kabin, Urus Performante “Essenza SCV12” Limited Edition hadir dengan kemasan upholsteri Nero Comus Alcantara, plet Essenza SCV12 dan plak, di mana ia mempunyai angka binaan serta nama pemilik.

Malangnya, edisi terhad ini tidak akan dikuasakan oleh V12 tetapi ia dipacu oleh V8 4.0 liter turbo yang berupaya menghasilkan 657hp, 850Nm tork dan dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.
Untuk daya pecutan, Urus Performante mampu memecut dari 0-100km/j hanya mengambil masa dalam 3.3 saat manakala had kelajuan pula ditetapkan pada 306km/j.
Lamborghini bagaimanapun belum mendedahkan harga rasmi tetapi menurut laporan, ia diberikan tanda harga sekitar AS$2.5 juta (RM11.3 juta).
- BACA: LAMBORGHINI REVUELTO – PENGGANTI AVENTADOR DENGAN 1001 KUASA KUDA
- BACA: LAMBORGHINI PERKENAL TRANSMISI BARU DALAM SUPERCAR LB744, DCT 8 KELAJUAN
- BACA: YOUTUBER HANCURKAN LAMBORGHINI URUS – RAMAI YANG OTAK SENGET SEKARANG EH
- BACA:DITEMUI KEMBALI SELEPAS 20 TAHUN – LAMBORGHINI COUNTACH INI MEMPUNYAI SEJARAH YANG MENARIK






