Artikel Pilihan

LAMBORGHINI PERKENAL TRANSMISI BARU DALAM SUPERCAR LB744, DCT 8 KELAJUAN

Selain memperkenalkan enjin V12 6500cc yang baru serta rekaan hibrid serba baru, Lamborghini juga telah memperkenalkan transmisi 8 kelajuan klac berkembar untuk supercar LB744 yang akan diperkenalkan pada hujung bulan Mac 2023 nanti

Berbeza dengan rekaan lama gear 7 kelajuan klac berkembar yang dipasang secara menegak, rekaan baru transmisi 8 kelajuan ini akan dipasang secara melintang di belakang enjin V12 bagi menghantar kuasa pada roda belakang

Salah satu sebab rekaan ini dipasang secara melintang ialah untuk memberikan agihan berat yand lebih baik pada cesi LB744 nanti. Sebab kedua transmisi ini dipasang secaramenegak ialah disebabkan isu rekabentuk, sekiranya rekaan asal menegak digunakan, panjang supercar LB744 akan bertambah dan mengganggu proportion rekaan luaran.

Keadaan ini membolehkan designer merubah rekaan luar dan memuatkan diffuser pada bahagian depan dan belakang dengan lebih menarik. Namun apa yang menarik berkenaan dengan transmisi 8 kelajuan klac berkembar ini ialah ia turut dipasang dengan satu lagi motor elektrik di bahagian atas gearbox

Berbeza dengan rekaan konvensional yang akan memasang motor elektrik secara sandwich antara gearbox dan juga enjin, motor elektrik dipasang di bahagian belakang, di atas kotak gear 8 kelajuan klac berkembar ini. Rekaan sebegini membolehkan motor elektrik diputuskan dan disambung pada kotak gear mengikut keadaan yang ideal.

Motor elektrik ini dipasang dengan aci pacu sendiri, mekanisme fork dan mekanisme synchronizers sendiri. Motor elektrik ini boleh bersambung dengan roda atau bersambung dengan enjin V12 secara berasingan.

Motor elektrik ini boleh digunakan untuk menggerakkan supercar LB744 secara elektrik sepenuhnya, menghidupkan enjin, mengundur ke belakang dan mengecas bateri sistem hibrid jika diperlukan. Sebagai contoh jika pemandu menekan pedal minyak, menghasilkan terlalu banyak kuasa enjin yang tidak boleh diterima oleh roda disebabkan isu gelinciran dengan permukaan jalan

Lebihan kuasa tadi akan “ditangkap” oleh motor elektrik bagi mengecas bateri sistem hibrid. Konsep rekaan sebegini adalah hampir sama seperti yang digunakan oleh kereta lumba F1. Motor ini juga akan bertidak mengecas bateri sistem hibrid sewaktu brek regenratif diaktifkan

Google ads
Back to top button