
DITEMUI KEMBALI SELEPAS 20 TAHUN – LAMBORGHINI COUNTACH INI MEMPUNYAI SEJARAH YANG MENARIK
Kita dan biasa dengar kereta-kereta lama yang ditemui kembali dalam gudang terbiar kan? Biasanya di digelar ‘barnfind’. Lamborghini Countach LP500 1982 ini tidak dikira sebagai barnfind kerana ia ditinggalkan di tempat simpanan jangka panjang di Selatan California selama lebih 20 tahun. Mungkin pemilik asal nak lakukan proses restorasi tapi tempoh 20 tahun tu lama sangat rasanya.

Kini ia dibuka untuk jualan dengan keadaaan seadanya pada harga USD695,000 (lebih RM3.1 juta!). Mahal kan? Menurut syarikat jualan yang mengiklankan kereta ini, ia bukannya sebuah Lambo yang biasa.
Peminat Lamborghini mesti sudah menjangka yang LP500 S yang lebih berkuasa mula diperkenalkan pada tahun 1982 dan Countach putih ini merupakan LP500 S yang pertama. Ya, kira nombor siri 001 la ni.

Bekas ketua pemandu penguji Lamborghini, Valentino Balboni mengesahkan yang kereta ini mempunyai beberapa ciri awal seperti fender LP400 S, rim magnesium Campagnolo dan beberapa perkara lain.
Bukan itu sahaja, Driver Source turut mempunyai dokumentasi yang menunjukkan ini ialah kereta yang sama dipertunjukkan di Geneva Motor Show 1982 pada tahun pengenalannya dan ia juga merupakan kereta yang sama digunakan oleh Lamborghini untuk cetakan brosur untuk memperkenalkan LP500 S baharu pada masa itu.
Itu baharu sejarah kereta dan belum lagi sejarah pemiliknya. Dokumentasi yang disertakan bersama kereta ini menunjukkan pembeli pertamanya ialah warga Itali yang kemudiannya menghantarnya ke Jerman sebelum dibawa ke Amerika Syarikat. Di AS ia telah dibeli oleh Carlos Cavazo, gitaris kumpulan rock terkenal 80 an, Quiet Riot (tah kenal ke idok budak-budak raver macam kome ni).

Cavazo membelinya pada tahun 1985 dan menikmati pemanduannya selama 15 tahun dengan perbatuan mencecah 41,000 batu pada odometer. Dokumentasi menunjukkan kereta ini kemudiannya ditunda ke Franco’s European Sports Cars pada penghujung 2001 dan disimpan di sana selama hampir 20 tahun.
Jadi kalau ada duit, tunggu apa lagi. Kalau dah beli rasa tak nak pakai, kasi je pada kami.

