
LAMBORGHINI REVUELTO – PENGGANTI AVENTADOR DENGAN 1001 KUASA KUDA
Nampaknya ada seekor lagi lembu laga garang yang dikeluarkan dari kilang Lamborghini. Lamborghini memang suka tunggu 10 tahun sekali untuk keluarkan model hali mereka. Selepas 60 tahun beroperasi mereka cuma mempunyai lima model halo V12. Miura, Countach, Diablo, Murcielago dan Aventador. Kini muncul model V12 terbaru dan yang keenam, Revuelto.

Walaupun nampak hampir sama seperti Aventador tapi ia sebenarnya sarat dengan inovasi dan teknologi baharu yang memecah tradisi. Sama seperti saudaranya yang terdahulu, Revuelto turut dinamakan bersempena dengan nama seekor lembu laga Sepanyol yang terkenal dalam satu perlawanan di Barcelona pada Ogos 1880.
Apa maksudnya? Dalam bahasa Sepanyol ia sebenarnya mempunyai pelbagai maksud bergantung kepada konteks ataupun ia situasi. Ia membawa maksud berkecai, pecah, perubahan, tidak mengikut peraturan dan macam-macam lagi. Hentam sajalah janji bunyinya sedap. Ala-ala hero telenovela gitu.

Sebagai permulaan Revuelto ialah supercar V12 plug-in hibrid pertama di dunia. Ia masih dikuasakan enjin NA V12 6.5 liter dan merupakan enjin V12 paling ringan pernah dihasilkan Lamborghini. Kuasa disalurkan ke tayar belakang menggunakan transmisi dual-clutch 8-kelajuan. 3 motor elektrik membantu menaikkan lagi angka kuasa supercar ini.
Hasilnya lahirlah supercar baharu dengan 1,001 kuasa kuda dengan raungan enjin V12 yang mampu diperah sehingga 9,500 rpm. Enjin tersebut mampu menjana tork sehingga 725 Nm dan ditambah pula oleh motor elektrik sebanyak 450 Nm lagi. Ini baru proses elektrifikasi sebenar.
Jadi apa hasilnya. Pecutan 0-100 kmj kini hanya mengambil masa 2.5 saat dan kelajuan 200 kmj pula mengambil masa 7 saat. Jadi kalau korang menguap sambil memecut tu, sebaik muluk korang tertutup balik kereta ni dah bergerak dengan kelajuan lebih 200 kmj.

Kelajuan maksima? Tidak dinyatakan tetapi menurut set-set Itali, ianya adalah lebih dari 350 kmj. Alah kalau yang beli bangsa TikTokers mekap timbang kati berapa laju sangat diorang nak bawak.
Revuelto juga dihasilkan dengan casis serba baharu yang 10 peratus lebih ringan dari Aventador. Ia juga lebih kukuh dengan keseluruhan bahagian hadapan dihasilkan dari serat karbon.
Enjin V12 berada ditengah dengan kotak gera di belakangnya. Satu dari tiga motor elektriknya berada di atas kotak gear manakala dua lagi berada di gandar hadapan menjana kuasa untuk kedua tayar hadapan sekaligus memberikan active torque vectoring. Bateri sistem hibrid berada dalam yang sebelum ini dikenal sebagai terowong transmisi.

Revuelto juga mempunyai mod pemanduan elektrik dengan bantuan tiga motor tadi jika diperlukan. Secara keseluruhannya terdapat 13 pilihan mod pemanduan untuk pemandu macam korang yang mempunyai masalah kecelaruan personality. Dari pemanduan berkuasa elektrik bebas bunyi sehinggalah ledakan V12 yang mampu memecahkan gegendang telinga korang sendiri. Mod ni biasa dipilih selepas kena marah dengan bini sebab lupa beli belacan.
Lagi satu Lambo baharu ini turut dilengkapi dnegan sistem kamera 360 darjah yang memang membantu masa nak pakir. Sebelum ni Lamborghini ingat semua pemilik Lambo ada pakir seluas 100 ekar depan rumah kot. Memang seksa lain dan pakir sambil mengundur sebelum ni. Ni dah ada kamera harap-harapnya selesai masalah.
Berapa harganya? Kalau tanya ni biasanya memang tak mampu la kan? Harga permulaan dianggarkan sekitar USD600,000 (RM2.652 juta) dan sudah tentu jauh lebih tinggi selepas pilihan kemasan dibuat. Ini bukan macam beli kereta kompak baharu deh.

